MINIT AKHIR MUSNAHKAN IMPIAN JDT BAWA PULANG 3 MATA

Minit Akhir Musnahkan Impian JDT Bawa Pulang 3 Mata

Johor Darul Ta’zim JDT) dan Terengganu FC (TFC) turun ke padang dengan niat yang sama iaitu mahu memenangi perlawanan malam ini. 
Kesungguhan TFC jelas kelihatan kesungguhan mereka dengan semangat yang mereka peroleh dari kira-kira 10,000 penyokong yang membanjiri Stadium Sultan Ismail Nashiruddin Shah, Kuala Terengganu.
JDT turun dengan perubahan di barisan kesebelasan utama mereka. Tiga pemain mendapat tempat buat pertama kali dalam kesebelasan utama musim ini seperti Aidil Zafuan, Syamer Kutty Abba dan Diogo Santo.
Syfiq Ahmad, penyerang JDT terlebih dahulu mengejutkan TFC apabila sepakan beliau sedikit tersasar di sebelah kiri gol TFC.
TFC mengejutkan pasukan pelawat dengan jaringan dari Khairul Izwan Rosli seawal minit ke-7 berpunca dari silap faham antara Syamer dan Mauricio.
Gol tersebut memberi semangat kepada TFC untuk menambah jaringan namun setiap serangan bahaya dapat dipatahkan oleh pertahanan JDT. 
JDT turut mempunyai beberapa peluang gol untuk menyamakan kedudukan. Di minit ke-19, tandukan Aidil sedikit tersasar. 
Peluang JDT terhidang luas apabila diberi sepakan penalti oleh pengadil pada minit ke-30, namun sepakan yang diambil oleh Diogo Santo tersasar ke sebelah kiri gol TFC.
Kedudukan kekal dengan TFC mendahului JDT 1-0 sehinggalah tamat separuh masa pertama. 
Pengendali JDT, Luciano Figueroa memasukkan Aaron Niguez di minit ke-50 menggantikan Syafiq Ahmad. Kemasukan Aaron memberi nafas baharu kepada JDT. 
Di minit ke-63, sekali lagi JDT memperoleh sepakan penalti dan Safawi tidak melepaskan peluang tersebut menyamakan kedudukan 1-1.
Gol tersebut merupakan gol pertama beliau musim ini. Lima minit kemudian, giliran Diogo pula menjaringkan gol dan seterusnya mendahului TFC 2-1.
TFC tampak begitu garang dan kesungguhan mereka untuk menyamakan kedudukan sehinggalah diminit ke-90 perlawanan, Kamal Azizi berjaya menyamakan kedudukan 2-2.

Perlawanan berkesudahan dengan seri 2-2 sehingga tamat perlawanan. JDT berkongsi 1 mata. JDT berjaya menduduki tangga teratas liga sementara Pahang dan Melaka United akan bertemu malam esok. 
Kredit Foto : TFC

Ulasan