Mehmet Akui, Corak Permainan Bertahan Terlalu Ke Bawah Memakan Diri


Pengendali Perak, Mehmet Durakovic secara terbuka memberitahu perlaksanaan taktikal yang tidak betul antara sebab Perak tumpas di tangan JDT.
Harimau Selatan menang 1-0 hasil jaringan tunggal Gonzalo Cabrera pada separuh masa pertama. Sekaligus mengekalkan Piala Sumbangsih di Johor.

Menurut Mehmet, Perak terlalu bertahan ke zon paling bawah. Ini yang membuatkan JDT mara lebih jauh ke dalam kawasan mereka. 2 pemain sayap JDT diberikan ruang yang besar di bahagian sisi.
JDT menguasai sebahagian besar daripada perlawanan – serta mencipta deretan peluang gol.
Mehmet berkata: “Ketika bertahan, kami terlalu turun ke bawah. Sepatutnya kami cuba mengekang JDT di bahagian tengah. Ini yang memudahkan JDT merencana serangan dan mencipta peluang gol. Kesannya, kita bolos 1 gol.”
Mehmet Durakovic juga merasakan para pemain beliau patut lebih fokus dalam menghalang gol tunggal JDT tersebut.
Walaubagaimanapun beliau enggan menyalahkan pemain Perak. Ini kerana mereka berhadapan dengan pasukan serba lengkap – JDT. Mehmmet Durakovic juga menyatakan para pemain Perak tetap berjaya memberikan tentangan dengan beberapa siri serangan bahaya.
Mehmmet memuji semangat juang para pemainnya yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari gol penyamaan – dalam usaha mereka mahu mendapatkan 1 mata dari Larkin.
Mehmet tidak menafikan ketiadaan Gilmar Filho memberikan kesan kepada kualiti mereka di bahagian serangan. Mehmet agak kecewa dengan barisan serangan Perak yang tumpul.

Ulasan