Perlawanan Liga Super minggu kelima akan berlangsung esok, 01 Mac antara JDT dan Selangor di Stadium Shah Alam. Perlawanan dijangka sengit kerana kedua/dua pasukan mempunya misi masing-masing.
JDT turun dengan harapan memenangi perlawanan tersebut untuk mengekalkan kedudukan di tangga dua teratas liga. Lebih-lebih lagi perlawanan itu adalah di tempat lawan dan diharap JDT pulang membawa mata penuh.
Bagaimana pun ia tidak semudah itu kerana Selangor juga turun dengan misi mencari kemenangan pertama musim ini. Selangor berada di tangga kelapan dengan 3 mata hasil daripada 4 perlawanan.
Bagi JDT, mereka akan diperkuatkan semula oleh pemain pertahanan Mauricio Nascimento setelah tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Melaka United disebabkan oleh kecederaan.
Namun pengurus dan juga ketua jurulatih JDT, Luciano Figueroa, berkata Natxo Insa dan Nascimento yang tidak diturunkan sebelum ini kini sudah menjalani latihan dan akan berada dalam kesebelasan utama.
“Kecederaan yang dialami Natxo agak lama dan kami berharap dia dapat beraksi menentang Selangor nanti, manakala Mauricio tidak serius kecederaannya cuma kami tidak mahu ambil risiko untuk dia beraksi menentang Melaka tempoh hari.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, Luciano sedar akan kesungguhan pihak lawan apabila bertemu JDT.
“Kami tahu semua pasukan yang menentang JDT akan beraksi melebihi 100 peratus dan kami juga perlu tingkatkan rentak permainan supaya tidak terikut-ikut dengan cara pasukan lawan beraksi malah saya percaya pemain tampak mahu beri persembahan terbaik.
Luciano juga turut berpuas hati dengan permainan Leandro Velazquez yang telah membuat penampilan pertama minggu lepas.
“Mengenai Leandro (Velazquez) tampak mula serasi dengan cara rakan sepasukan bermain selepas persiapannya ketika menentang Melaka agak terbatas tatkala baru sehari menjalani latihan dan kini saya lihat dia sudah bersedia,” kata Luciano Figueroa.
Pasukan JDT akan berangkat ke Jepun sebaik sahaja selesai aksi menentang Selangor kerana akan memulakan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu Kashima Antlers di Stadium Kashima pada 05 Mac ini.
Satu tugas yang berat buat JDT lebih-lebih lagi akan bermain di tempat lawan. JDT diundi dalam Kumpulan E bersama Kashima Antlers, Gyeongnam FC dan Shandong Luneng FC.
Sudah tentu JDT tidak mahu sebarang keceraan berlaku pda perlawanan malam esok menentang Selangor kerana ada lagi perlawanan yang sukar menanti JDT empat hari selepas itu.
Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan tampak berdepan jadual padat sepanjang aksi bulan Mac ini bukan sahaja perlu menempuh aksi liga malah harus berdepan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila akan berangkat ke Jepun sebaik selesai aksi menentang Selangor.
Juara liga lima musim berturut-turut akan menentang juara bertahan ACL, Kashima Antlers dari Jepun di Stadium Kashima, 5 Mac ini dan kemudiannya menerima kunjungan kelab dari Korea Selatan, Gyeongnam FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 12 Mac ini.
Grafik Kredit : The Photoshooterz & BBST15
Ulasan
Catat Ulasan