Luciano Figueroa: Saya harap mereka juga akan berikan 200% menentang pasukan lain
Dalam perlawanan ke-3 Liga Super semalam, Terengganu Football Club (TFC) mempersembahkan aksi yang memberangsangkan berbanding dua aksi sebelum ini dan berjaya mengikat juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu.
Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT, Luciano Figueroa mengakui ia malam yang serba-serbi tidak menjadi buat Harimau Selatan. Para pemainnya lebih gemar ‘sit back’ dan menjadikan pasukan JDT lebih banyak diserang pasukan lawan.
Selain itu, Lucho turut memuji pasukan TFC yang bermain dengan baik pada malam tadi. Tambahan pula, penyokong yang memenuhi SSINS juga memberikan tekanan kepada pemain dan mempengaruhi aksi anak buahnya di atas padang.
Luciano Figueroa berkata “Saya akui Terengganu telah bermain dengan baik. Tidak mudah untuk kita bermain dengan pasukan yang memberikan 200% ketika menentang kami.”
“Kami sedia maklum mana-mana pasukan yang menentang JDT, stadium mereka akan penuh. Para pemain bukan sahaja perlu menghadapi tekanan daripada pemain pihak lawan tetapi juga daripada para penyokong mereka.”
“Saya faham situasi tersebut kerana saya telah bermain dengan JDT untuk beberapa tahun”
“Saya harap mereka juga akan memberikan 200% ketika menentang pasukan lain bukan hanya ketika menentang JDT sahaja.
“Walauapapun tiada alasan buat kami. Kami akan memperbaiki segala kelemahan yang ada.” ucapnya seperti disiarkan di laman sosial JOHOR Southern Tigers.
Foto Kredit: JOHOR Southern Tigers
Ulasan
Catat Ulasan