Langkau ke kandungan utama

Liga Super: JDT kecewa diikat TFC I

jdt

Pemain JDT, Safawi Rasid (kiri) rebah digelecek pemain TFC1, Ashaari Shamsudin pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. Foto oleh AZLAN BAHRUM
KUALA TERENGGANU - Keputusan seri 2-2 dengan Terengganu Football Club I (TFC I) pada aksi ketiga Liga Super semalam bukan sesuatu yang menggembirakan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pengendali JDT, Luciano Figueroa berkata, skuad kendaliannya yang juga juara bertahan Liga Super bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dengan misi untuk terus melebarkan rekod kemenangan.
"Kami mahu menang tidak ia tidak berlaku dan sudah pasti saya tidak gembira (dengan keputusan ini).
"Sepatutnya kami menang tetapi tidak mampu bertahan sehingga wisel penamat (dengan melepaskan gol penyamaan tuan rumah pada minit terakhir perlawanan)," katanya ketika ditemui selepas aksi terbabit malam tadi.
Figueroa berkata, kelemahan tidak mampu menyerap tekanan pihak lawan terutama pada minit-minit akhir perlawanan tersebut perlu diperbaiki segera agar ia tidak berulang lagi pada aksi-aksi Liga Super seterusnya. - K! ONLINE

Ulasan