JDT memulakan perlawanan dengan barisan kesebelasan utama yang agak berbeza dari perlawanan ketiga sebelum ini.
Peluang pertama JDT melakui cubaan Safawi Rasid pada minit ke-16 selepas sepakan percuma yang diambil oleh Diogo melantun balik namun sepakan Safawi tersasar.
Gol pertama JDT diperolehi melalui sepakan penalti oleh Gonzalo Cabrera yang diambil tidak dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi. Sepakan penalti tersebut diterima kerana kekasaran pemain import Kore Melaka United, Jang Sukwon pada minit ke-33.
Gol kedua JDT dihasilkan oleh oenyerang muda JDT, Safawi Rasid di minit ke 42. Gol tersebut berpunca dari loringan cantik Diogo Santo disudahkan oleh Safawi dengan baik.
Fol tersebut juga merupakan gol kedua Safawi musim ini selepas gol penalti yang dijaringkan ketika perawanan menentang Terengganu FC di Kuala Terengganu.
Kedudukan kekal JDT mendahului Melaka United 2-0 sehingga wisel tamat separuh masa pertama.
Mampukah JDT menambah jaringan atau mampukah Melaka United yang diketuai oleh Shukor Adan mengimbangi permainan JDT malam ini ?
Kredit info grafik : Melaka United (MUSA)
Ulasan
Catat Ulasan