Di Larkin nanti pula, Kuala terpaksa pula mengekang serangan JDT yang diperkuatkan dengan pemain seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Diogo Luis Santo dan ramai lagi. Tambahan lagi, Kuala Lumpur mungkin bakal berdepan bekas pemain mereka, Syazwan Andik yang berpindah ke JDT musim ini. Namun Syazwan Andik bukanlah merupakan pilihan JDT untuk berada dalam kesebelasan utama malam itu.
Kita dapat melihat bagaimana JDT mendominasi perlawanan ketika JDT menentang pasukan Perak dalam perlawanan Sabtu lepas. Lantaran itu Yusri Che Lah perlukan satu taktik super istimewa dan tuah untuk cuba menahan asakan padu dari JDT. Yusri tidak rela JDT dan jika membiarkan JDT mendominasi perlawanan akan mengundang bahaya tetapi ia juga boleh dijadikan kelebihan untuk membuat serangan balas.
Namun taktik itulah yang digunakan oleh Kuala Lumpur pada musim lepas di bawah kendalian Fabio Maciel, di mana KL menang 1-0 di Cheras. Kekalahan JDT itu adalah satu-satunya kekalahan JDT pada musim lepas.
Bola itu bulat, apa sahaja boleh terjadi. Tetapi untuk menjadikan ianya kenyataan, Yusri bersama barisan jurulatihnya perlu melihat dengan lebih teliti untuk mencari di mana kelemahan JDT. Tiada pasukan di dunia yang seratus peratus sempurna dan tidak boleh ditewaskan walaupun Real Madrid dan Barcelona. Cari kelemahan dan gandakan latihan untuk mempersiap pasukan, itu cara terbaik untuk cuba mendapatkan sesuatu dari Larkin.
Bagi JDT pula, perlawanan kedua di lama sendiri nanti perlu digunakan sepenuhnya untuk mengutip 3 mata penuh dan seterusnya berada antara pasukan di atas carta liga. JDT sudah tentu berkeyakinan menang selepas mempersembahkan satu permainan yang mantap Sabtu lepas.
Dalam perlawanan Liga Super 2018, JDT berjaya menewaskan Kuala Lumpur di Stadium Larkin dengan jaringan 2-0 pada 28 Julai 2018. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Fernando Marquez. Pada pusingan pertama Liga Super 2018, JDT tewas 0-1 di Kuala Lumpur hasil jaringan Paulo.
Mungkinkah Jumaat ini akan menyaksikan kelibat Akhyar Rashid lebih lama di atas padang nanti ? Adakah barisan jurulatih JDT menjadikan perlawanan menentang KL sebagai ujian buat Akhyar ? Akhyar hanya diberi peluang berada di atas padang dalam 3 minit masa tambahan ketika menentang Perak.
Akhyar Rashid merupakan pemain tunggal baharu tempatan yang diambil JDT musim ini selain dari Syazwan Andik yang kembali semula ke JDT dari Kuala Lumpur.
Perlawanan berikutnya : JDT vs Kuala Lumpur || Stadium Larkin || 08 Februari 2019 || Jumaat || 9.00 Malam
Ulasan
Catat Ulasan