Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) telah menjawab semula kenyataan yang dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai hal tunggakan gaji.
Menurut laporan Berita Harian, pihak KLFA menafikan yang usaha menyelesaikan tunggakan gaji dalam kalangan pemain skuad itu ada kena mengena dengan memberikan motivasi tambahan sebelum menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Sebaliknya menurut Nokman Mustaffa yang merupakan Setiausaha Agung KLFA, ianya hanyalah sekadar kebetulan sahaja.
“Tiada kaitan pun hal urusan tunggakan gaji itu dengan perlawanan menentang JDT.”

“Ia merupakan perkara biasa buat kami apabila kami sudah punya duit, kami akan selesaikan semuanya.”
Menurut Nokman, urusan pembayaran gaji itu telah pun diselesaikan sebelum 1 Februari yang lalu iaitu pada hari pembukaan Liga Super menentang Pahang.
Malah kata Nokman lagi, beliau cukup bersyukur apabila urusan ini berjaya diselesaikan untuk memastikan para pemain mendapatkan hak mereka.
“Kami sudah janji untuk bayar semuanya sebelum perlawanan menentang Pahang dan kami syukur ianya berjaya dilaksanakan.”
Sebelum ini, TMJ adalah menulis di laman Twitter beliau dengan menyindir pasukan Kuala Lumpur yang kononnya tiba-tiba sahaja berjaya membayar gaji sebelum perlawanan menentang JDT di Larkin.
“Bila nak lawan JDT saja, baru nak bayar gaji ke? Bila ada isu oleh kerana kelemahan diri sendiri tak nak mengaku.”
Namun begitu, setakat artikel ini ditulis tweet tersebut telah pun dipadam.
JDT akan melayan kunjungan Kuala Lumpur pada malam ini di Larkin jam 9 malam.
Ulasan
Catat Ulasan