Kejayaan jurulatih kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memimpin memimpin pasukannya menjulang Piala Sumbangsih telah mendapat liputan di beberapa media sukan Mexico. Benjamin Mora bersama pengurus pasukan JDT, Luciano Figueroa membawa pasukan JDT menewaskan pasukan Perak Sabtu lepas dengan jaringan 1-0.
Antara buletin sukan yang membuat liputan kejayaan Mora di Malaysia adalah seperti espn sports, AM Newspaper, Sports Daily Record, Marca.com, Vanguard MX, The Pleyers, as Futbol dan goal.com.
“Benjamín Mora, the Mexican coach who was champion in the soccer of Malaysia.” Antara tajuk berita dari buletin am dari Mexico.
Antara lain buletin itu turut berkata tidak semua jurulatih beruntung dan berpeluang memimpin pasukan di Liga Malaysia.
Benjamin Mora memulakan karier jurulatih beliau di liga bola sepak Mexico dengan kelab Atlético Chiapas dan Cafetaleros de Tapachula pada tahun 2015 dan menerima tawaran bersama JDT II pada tahun berikutnya.
Dalam Piala Sumbangsih Sabtu lepas, jaringan tunggal Gonzalo Cabrera berjaya membawa kemenangan kepada JDT buat kali ke-4 dalam sejarah JDT sejak 2013. JDT berjaya mengekalkan trofi berada di bumi Johor yang sebelum ini musim lepas turut berjaya memenangi Piala tersebut.
Benjamin Mora mula bersama JDT (JDT II) pada tahun 2016, dan pada tahun 2017 berikutnya diberi kepercayaan membimbing JDT dalam 27 perlawanan pertama JDT musim itu. Perlawanan terakhir Benjamin Mora tahun itu adalah perlawanan Piala AFC menentang Ceres Negros di mana JDT tewas 1-2 separuh akhir kedua.
Selepas itu tugas jurulatih JDT diambil alih oleh Ulisses Morais dan Benjamin Mora turun semula ke JDT II. Kemudian tahun berikutnya, 2018, Benjamin sekali lagi dipindahkan ke JDT menggantikan Ulisses Morais pada ketika perlawanan JDT ke 34 musim itu. Mora memimpin JDT dari awal saingan Piala Malaysia dan gagal mara ke Final setelah tewas di tangan Terengganu dengan agregat 2-3.
Melalui temubual Benjamin Mora bersama espn pada bulan Ogos lepas, beliau pernah berkata :
“Di sini (Malaysia) kehidupan adalah berbeza. Budaya dan cara hidup adalah sangat berbeza daripada apa yang kita amalkan di Mexico. Anda perlu menyesuaikan diri dengan isu-isu agama dan makanan.
“Pemain tidak mempunyai budaya bola sepak yang tertanam dalam fikiran mereka atau kekurangan DNA mereka dan kami telah melakukan usaha yang sangat baik di mana kami datang untuk mencadangkan kaedah-kaedah kerja yang baru, gaya baru bermain dan menghasilkan keputusan yang dikehendaki.
Kredit Foto : Saluddin Ismail, The Photoshooterz
Ulasan
Catat Ulasan