Langkau ke kandungan utama

KASHIMA ANTLERS DAN SHANDONG LUNENG MENEPATI RAMALAN KE KUMPULAN E BERSAMA JDT DAN GYEONGNAM FC

KASHIMA ANTLERS DAN SHANDONG LUNENG MENEPATI RAMALAN KE KUMPULAN E BERSAMA JDT DAN GYEONGNAM FC

Kashima Antlers Dan Shandong Luneng Menepati Ramalan Ke Kumpulan E Bersama JDT Dan Gyeongnam FC

Tamat keempat-empat perlawanan playoff Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) Zon Timur Asia sebentar tadi. 
Perak terpaksa akur kehebatan Ulsan Hyundai, tewas dengan jaringan 1-5. Sekaligus Perak gagal melangkah ke peringkat kumpulan ACL.
Empat pasukan yang berjaya mara ke peringkat kumpulan adalah :
Ulsan Hyundai – H
Kashima Antlers – E
Shandong Luneng – E
Sanfreece Hiroshima – F
Dua pemenang playoff yang mara dan berada dalam Kumpulan E bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Gyeongnam FC adalah Kashima Antlers dan Shandong Luneng. 
Kashima Antlers menewaskan Newcastle Jets 4-1, manakala Shandong Luneng menewaskan pasukn Ha Noi juga 4-1.



JDT dijadualkan akan bertemu dengan Kashima Antlers dalam perlawanan sulong di Stadium Kashima pada 05 Mac 2019. Perlawanan satu lagi dalam Kumpulan E adalah antara Gueongnam FC dan Shandong Luneng.
Berikut adalah jadual perlawanan yang melibatkan JDT :
05 Mac : Kashima Antlers vs JDT
12 Mac : JDT vs Gyeongnam
09 April : Shandong Luneng vs JDT
24 April : JDT vs Shandong Luneng
08 Mei : JDT vs Kashima Antlers
22 Mei : Gyeongnam FC vs JDT


Grafik Info : BBST15

JDT mencipta sejarah bola sepak Malaysia apabila menjadi pasukan pertama yang bersaing dalam ACL. Sebelum ini JDT hanya setakat peringkat kelayakan selama 4 tahun berturut-turut. Paling jauh JDT mara ke peringkat playoff pada 2017 bertemu Gamba Osaka di mana JDT tewas dengan jaringan 0-3.
JDT mempunyai 2 perlawanan lagi dalam Liga Super sebelum berangkat ke Jepun (Kashima). Pada 23 Februari ini JDT akan bertemu Melaka United dan bertemu Selangor pada 01 Mac di Shah Alam.
Ini bermakna JDT sudah cukup bersedia dari segi kecergasan dan mencari persefahaman dan gandingan-gandingan terbaik sebelum memulakan saingan ACL 2019. JDT mengharungi dan dapat memanaskan badan dalam 5 perlawanan liga. Ia kelebihan bagi JDT.
Namun, dalam Kumpulan E, JDT tidak terlalu mengharapkan kejayaan memandangkan 3 pasukan lain merupakan pasukan yang kelas berlainan. Penglibatan JDT untuk musim pertama ini sekadar menimba pengalaman dalam saingan peringkat tertinggi kelab-kelab Asia. 
Kredit Foto : AFC, BBST15

Ulasan