KAMI BUKANLAH ROBOT, MAAFKAN SAYA : TMJ

Kami Bukanlah Robot, Maafkan Saya : TMJ

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) telah secara terbuka mendedahkan masalah yang dihadapi JDT melalui empat aksi pertama Liga Super 2019. Empat aksi yang dilihat kurang memberangsangkan itu didakwa oleh baginda berpunca daripada diri baginda sendiri.
DYAM TMJ, Tunku Ismail memohon maaf kepada staf kejurulatihan dan pemain skuad Harimau Selatan yang setiap tahun diberi tekanan untuk menyerlah pada saingan Liga Malaysia (Liga M) itu melalui kenyataan di laman rasmi facebook Johor Southern Tigers malam tadi.
“Masalah terbesar dalam JDT adalah, saya! Setiap tahun saya meletakkan banyak tekanan kepada pemain dan jurulatih. Kesalahan saya kerana tidak menyedari dan terlupa yang anda hanyalah manusia.
“Manusia tidak pernah sempurna. Kami mempunyai hari yang tidak bagus malah kami mempunyai kelemahan dan kadang-kadang terlalu mengikut emosi.
“Kami bukanlah robot. Kepada pemain dan staf saya. Maafkan saya,” kata Tunku Ismail dalam kenyataan itu.
Pasukan Harimau Selatan, dibimbing Luciano Figueroa menduduki tangga kedua liga di belakang Kedah sehingga 4 perlawanan Liga Super 2019. Namun pasukan Pahang masih kurang satu perlawanan lagi dan akan bertemu pasukan Selangor di Stadium Darul Makmur mala mini pukul 9.00

Bagaimanapun, Kedah dan JDT hanya dibezakan menerusi perbezaan jumlah jaringan selepas masing-masing mengumpul 10 mata dengan JDT menewaskan Melaka United 2-1 pada aksi keempat, semalam manakala Kedah mengalahkan Petaling Jaya FC 2-0, Jumaat lalu.
Pahang boleh memintas JDT semula sekiranya mereka menang perlawanan malam ini.
Dalam perlawanan malam tadi, JDT berjaya menundukkan Melaka United 2-1. Gol-gol JDT dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid.
Kredit Foto : The Photoshooterz

Ulasan