JODOH SAFEE SALI TIDAK PANJANG DENGAN PERLIS
Liga Premier baru berusia 3 perlawanan namun sudah ada berita mengejutkan dari pasukan Singa Utara, Perlis.
Berita mengejutkan dari Safee Sali yang memutuskan tidak bersama lagi dengan Perlis selepas ini. Berita itu dimuatnaik melalui akaun peribadi facebook beliau sebentar tadi.
“Saya sudah buat keputusan utk tidak bersama dgn Perlis lagi..” kata Safee Sali, penyerang Perlis.
Safee Sali menyertai pasukan Perlis bermula awal musim 2019 ini. Pada musim lepas, Safee Sali bermain untuk pasukan PKNS FC sebelum mengambil keputusan berubah angin mewakili Perlis musim ini.
“Segala yg saya curahkan dengan ikhlas memang tidak ada makna nya bagi pihak pengurusan.” tambah Safee.
Safee jelas kecewa dengan sikap pengurusan Perlis lantas membuat keputusan yang dianggap mengejut. Tidak pula dinyatakan punca kekecewaan beliau tapi desas desus dan melalui masalah yang dihadapi oleh Perlis, ia mungkin ada kaitan dengan gaji pemain-pemain.
“Pemain dan staff kejurulatihan dah bagi yang terbaik sama ada dalam latihan mahupun dlm perlawanan.
“Sayang memang sayang tapi keputusan saya tekad demi memberi pengajaran kepada pengurusan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak ada hati perut.”ujar Safee lagi.
Tindakan Safee itu diharapkan beliau menjadi pengajaran kepada pihak pengurusan yang rata-rata kurang disenangi oleh pemain Perlis.
“Dah byk pengorbanan pihak jurulatih dan staff lakukan.. Mungkin ini jalan yg terbaik buat masa sekarang.
“Selamat tinggal Kuning Biru.. Terima kasih banyak2 atas semua kenangan.” Ucapan Safee selepas mengambil keputusan tersebut.
Safee tidak menjalani latihan bersama pasukan dan dia mengesahkan kehadirannya hanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya.
Pasukan Perlis hanya berjaya mengutip 3 mata selepas 3 perlawanan hasil daripada 1 kemenangan dan 2 kekalahan.
Perlawanan terakhir Perlis adalah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang di mana Perlis tewas di tangan JDT II 1-2.
Ulasan
Catat Ulasan