JDT TUNDUKKAN MELAKA UNITED 2-1 DI LARKIN
Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan langkah kanan dengan bergaya apabila berjaya menundukkan Melaka United 2-1 pada kempen Liga Super di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin di sini malam ini.
JDT memulakan perlawanan dengan barisan kesebelasan utama yang agak berbeza dari perlawanan ketiga sebelum ini.
Seperti yang sudah dijangka, Leandro Velazquez membuat penampilan pertama malam ini namun dikeluarkan pada minit ke-77 digantikan dengan Akhyar Rashid.
Peluang pertama JDT melakui cubaan Safawi Rasid pada minit ke-16 selepas sepakan percuma yang diambil oleh Diogo melantun balik namun sepakan Safawi tersasar.
Gol pertama JDT diperolehi melalui sepakan penalti oleh Gonzalo Cabrera yang diambil tidak dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi.
Sepakan penalti tersebut diterima kerana kekasaran pemain import Melaka United, Jang Sukwon pada minit ke-33.
Gol kedua JDT dihasilkan oleh oenyerang muda JDT, Safawi Rasid di minit ke 42. Gol tersebut berpunca dari lorongan cantik Diogo Santo disudahkan oleh Safawi dengan baik.
Gol tersebut juga merupakan gol kedua Safawi musim ini selepas gol penalti yang dijaringkan ketika perawanan menentang Terengganu FC di Kuala Terengganu.
Kedudukan kekal JDT mendahului Melaka United 2-0 sehingga wisel tamat separuh masa pertama.
Ulasan
Catat Ulasan