Langkau ke kandungan utama

JDT raih 3 mata berharga

BINTANG tengah Melaka United, Safiq Rahim (kiri) bersaing dengan

BINTANG tengah Melaka United, Safiq Rahim (kiri) bersaing dengan penyerang JDT, Safawi Rashid dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.
JOHOR BAHRU 23 Feb. - Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan apabila menumpaskan pasukan jiran, Melaka United 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam inii.
Gol Harimau Selatan disempurnakan Gabriel Cabrera dan Safawi Rasid pada babak pertama manakala jaringan tunggal Melaka hadir pada separuh masa kedua hasil jaringan Patrick Reichelt.
Kemenangan itu membolehkan JDT mengutip 10 mata, berkongsi
selepas mengharungi empat perlawanan menyamakan kedudukan mata dengan pasukan Kedah di puncak liga.
Harimau Selatan dilihat bergelut untuk memberi aksi terbaik sebaik perlawanan bermula dan terpaksa menunggu lebih setengah jam untuk memecah kebuntuan.
Pada minit ke-34, JDT akhirnya berjaya mencatatkan gol pertama apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah bola terkena tangan pemain pertahanan Melaka yang mudah disempurnakan Cabrera.
Pasukan bimbingan Luciano Figueroa menambah jaringan pada minit ke-42 hasil jaringan Safawi selepas melakukan larian di sebelah sayap kiri melepasai kawalan pemain pertahanan lawan sebelum mudah menewaskan penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat.
Bersambung babak kedua, pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan menggandakan asakan ke kubu lawan dan berjaya merapatkan jurang pada minit ke-77 menerusia jaringan yang dihasilkan Reichelt.
JDT melakukan beberapa pertukaran pemain dengan membawa masuk Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor untuk memburu gol ketiga perlawanan namun keputusan kekal ke wisel penamat. - UTUSAN ONLINE

Ulasan