JDT MENGORAK LANGKAH KANAN DALAM SAINGAN LIGA MALAYSIA

JDT MENGORAK LANGKAH KANAN DALAM SAINGAN LIGA MALAYSIA
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada pada landasan yang betul apabila mengutip 6 mata mutlak dari 2 perlawanan yang telah berlangsung dalam saingan Liga Malaysia.
1. JDT - unifi Liga Super Malaysia 2019
JDT memulakan langkah kanan apabila berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih buat sekian kalinya. Menewaskan pasukan Perak "The Bos Gaurus" 1-0 pada perlawananan pembuka tirai musim baharu 2019 memberi gambaran awal kepada semua pesaing bahawa cubaan merampas kejuaraan yang disandang oleh skuad bimbingan Luciano Figueroa bukan suatu tugas yang mudah.
Harimau Selatan dilihat cukup serius malah kekal fokus untuk terus menguasai dan mendominasi Liga Malaysia. Pada perlawanan kedua unifi Liga Super Malaysia tempoh hari, JDT terus agresif untuk mengutip mata penuh apabila menang bergaya ke atas Kuala Lumpur 4-1 dihadapan 15,970 penyokong.
Kedudukan terkini menyaksikan JDT berada di tangga kedua unifi Liga Super Malaysia setelah menghasilkan 5 jaringan, 1 bolos dan mengutip 6 mata dari dua perlawanan yang berlangsung manakala Gonzalo Cabrera mendahului senarai penjaring gol JDT dengan mengumpul 2 gol setakat ini.
2. JDT ll - Liga Premier Malaysia
Skuad bimbingan Ervin Boban memperlihatkan langkah yang jelas bersungguh apabila turut mengutip 6 mata penuh setelah mengharungi 2 perlawanan setakat ini. Bermula dengan perlawanan bertemu Sabah FA di tempat lawan, JDT ll kekal fokus walaupun ketinggalan 1-0. JDT ll akhirnya berjaya menyamakan kedudukan sebelum akhirnya mendapat kemenangan mutlak apabila menghasilkan 1 lagi jaringan pada minit-minit akhir perlawanan.
Langkah cemerlang JDT ll berterusan apabila sekali lagi mengutip 3 mata penuh ketika bertemu UKM FC di Stadium MPPG, Pasir Gudang. JDT II mendahului pasukan pelawat sebelum kedudukan terikat 1-1. Gol kemenangan berjaya dijaringkan pada separuh masa kedua dan menyaksikan JDT II menundukkan UKM FC 2-1 pada malam tersebut.
Kedudukan terkini, JDT ll menduduki tangga pertama Liga Premier Malaysia dengan menghasilkan 4 jaringan, 2 bolos dan mengutip 6 mata dari dua perlawanan yang berlangsung manakala Mohammed Ghaddar telah mendahului senarai penjaring gol JDT ll dengan jumlah 2 gol setakat ini.
Jutaan terima kasih ke atas sokongan padu yang diberikan oleh semua penyokong Harimau Selatan di dalam dua perlawanan yang telah berlalu. Sesungguhnya tanpa sokongan dan integrasi integral penyokong, kemenangan Harimau Selatan pasti tidak sempurna.
Akhir kata, masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat ulangtahun ke-9 dalam eksistensi komuniti Boys Of Straits. Semoga sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi di dalam perjalanan mengimplementasikan coretan sejarah kejayaan-kejayaan Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST

Add caption

Ulasan