JDT JUARA PIALA SUMBANGSIH 2019 TUNDUKKAN PERAK DI LARKIN

JDT Juara Piala Sumbangsih 2019 Tundukkan Perak Di Larkin

JDT, juara Liga Super lima tahun berturut-turut berjaya mengekalkan Piala Sumbangsih 2019.
Dua tahun berturut-turut buat kali kedua JDT berjaya merangkul Piala Sumbangsih iaitu untuk tahun 2018 dan 2019. Sebelum ini JDT pernah merebut Piala Sumbangsih pada tahun tahun 2015 dan 2016.
JDT berjaya menewaskan Perak 1-0 di Stadium Larkin sebentar tadi hasil jaringan Gonzalo Cabrera di sepruh masa pertama pada minit ke 40.
JDT banyak menguasai perlawanan terutama pada separuh masa pertama. Serangan demi serangan dilakukan oleh barisan JDT dan peluang demi peluang yang JDT dapat namun nasib tidak menyebelahi JDT sehingga Gonzalo Cabrera berjaya memecah buntuan.
Pertahanan JDT kurang menerima ancaman bahaya serangan balas lawan, mereka membantu membina serangan dari bawah dan berada di garisan tinggi  bertahan bagi menekan lawan, malah bek sisi mereka kerap naik ke atas membantu serangan ketika di transisi menyerang.
Disamping itu, JDT berjaya mengutip 3 mata pertama Liga Super Malaysia 2019.
Selepas 5 perlawanan Liga Super selesai, JDT kini menduduki tangga kelima dalam carta Liga minggu pertama. Selangor dan Felda akan bertemu pada hari esok 03 Februari di Stadium Shah Alam.
Turut hadir pada perlawanan Piala Sumbangsih bersama DYAM TMJ adalah tetamu kehormat lagenda bola sepak Real Madrid, Luis Figo. Beliau turut bersama menonton perlawanan tersebut.
Tahniah JDT atas kemenangan bermakna dan berjaya menambah koleksi Piala dalam simpanan JDT.
Keputusan perlawanan :
JDT (1) – (0) Perak
40’ Gonzalo Cabrera

Ulasan