Luciano Figueroa, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) akui pasukannya tidak bermain dengan baik pada separuh masa pertama malam tadi ketika menentang pasukan Kuala Lumpur.
Namun, JDT bangkit dalam separuh masa kedua dan memperbaiki beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh pemain serta bermain dengan lebih baik lagi.
“Kami juga melakukan serangan demi serangan sehingga berjaya mencipta empat gol (3 gol di separuh masa kedua).
“Tapi kami tetap perlu memperbaiki kesilapan dan bekerja dengan lebih keras untuk perlawanan akan datang.” Kata Figueroa selepas tamat perlawanan malam tadi.
Figueroa turut berkata, JDT sedar pertemuan dengan Kuala Lumpur akan menjadi satu perlawanan yang sukar.
“Oleh kerana itu kami perlu bekerja keras kerana kebanyakan pasukan akan bermain seperti itu (‘sit back’ dan menyerang).
Luciano Figueroa turut mengakui Safawi Rasid telah menunjukkan begitu banyak peningkatan setelah melihat prestasi beliau malam tadi. Banyak percubaan dari Safawi Cuma belum berhasil menghasilkan gol.
“Beliau cuba menjaringkan gol namun tidak Berjaya. Walaubagaimana pun, saya merasakan beliau bermain dengan baik di separuh masa kedua.
“Saya berasa gembira kerana apabila kami melakukan kesilapan, kami berusaha memperbaiki kesilapan tersebut sehingga semua berjalan dengan baik.
Pengurus dan ketua jurulatih JDT itu turut mengakui pemain tempatan dalam skuad JDT kini berada dalam keadaan terbaik.
“Kesemua pemain tidak kira tempatan mahupun import telah melakukan yang terbaik. Mereka membuktikan bahawa semua pemain boleh bermain dan boleh melakukan yang terbaik.” katanya.
Dalam perlawanan malam tadi, JDT Berjaya dengan mudah menjinakkan Kuala Lumpur dengan jaringan 4-1 hasil jaringan Gonzalo Cabrera, Syafiq Ahmad, Diogo Luis Santo dan Azrif Nasrulhaq. Manakala gol saguhati Kuala Lumpur dijaringkan oleh Sylvano Dominique Comvalius.
JDT Berjaya berada di tangga teratas liga selepas 2 perlawanan minggu kedua berlangsung. 3 lagi perlawanan akan berlangsung hari ini dan satu lagi keesokannya.
Perlawanan berikutnya, perlawanan minggu ketiga Liga Super 2019 bagi JDT adalah pada 15 Februari ini menentang Terengganu FC di Kuala Terengganu.
Foto kredit : The Photoshooterz
Ulasan
Catat Ulasan