Akhyar Rashid, bintang muda negara, akui perlu terus berusaha untuk meningkatkan prestasinya ke tahap lebih baik musim ini daripada musim lepas. Beliau menganggap tiada ‘tiket percuma’ untuk berada dalam barisan utama JDT.
Kelibat Akhyar sememangnya dinantikan oleh penyokong JDT sebagai pemain baharu dan sensasi musim ini apabila perpindahan beliau ke JDT menjadi perbualan hangat bola sepak tanah air.
Dalam pertemuan menentang Perak di Stadium Larkin semalam, pemain berusia 20 tahun itu hanya dimasukkan sebagai pemain gantian di penghujung perlawanan dan hany mampu membuat satu dua sentuhan sebelum perlawanan ditamatkan.
Namun ia sudah cukup menggamatkan stadium apabila beliau mendapat sentuhan pertama walaupun terhalang tidak dapat melepasi pertahanan Perak.
Walauoun begitu, Akhyar tetap menghargai peluang yang diberikan untuk penampilan sulungnya bersama JDT. Kami anggarkan Akhyar sempat berada selama 3 minit di atas padang.
Jika kita amati beberapa pemain baharu tempatan JDT, jarang kali mereka diberi peluang dan diturunkan dalam perlawanan pertama satu-satu musim. Lihat sahaja Azrif Nasrulhaq dan Azamuddin Akil. Mereka terpaksa menunggu beberapa perlawanan sebelum diberi peluang beraksi.
“Saya mahu berjuang habis-habisan bersama JDT musim ini dan apa yang penting, saya perlu lebih berusaha untuk mengekalkan momentum permainan,” kata Akhyar Rashid.
Akhyar perlu bekerja keras bersaing sengit untuk membarisi skuad utama JDT musim ini oleh kerana posisi pemain sayap dibarisi dua pemain tonggak, Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid. Kedudukan mereka berdua sukar digugat kecuali antara mereka ada yang cedera atau barisan jurulatih JDT mempunyai perancangan lain yang memberi peluang Akhyar untuk beraksi.
“Syukur berpeluang untuk beraksi malam ini (semalam) tetapi kurang minit permainan.
“Apapun, tahniah kepada rakan dan kakitangan pasukan kerana menjuarai Piala Sumbangsih,” tambahnya.
Namun jika dilihat penglibatan Akhyar Rashid musim lepas dalam Liga Super tahun lepas bersama Kedah juga memang kurang minit main tak sampai 50 peratus dan hanya beberapa kali diturunkan dalam kesebelasan utama.
Semoga Akhyar mampu bersaing merebut kesebelasan utama JDT selepas beberapa perlawanan JDT. Okeh kerana JDT terlibat dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019, maka peluang untuk Akhyar lebih cerah kerana JDT seing menggunakan konsep penggiliran pemain bagi mengimbangi kecergasan barisan pemain JDT.
Ulasan
Catat Ulasan