Jurulatih Terengganu FC, Irfan menuntut anak buahnya tidak terlalu menghormati lawan dan bangkit mampamerkan permainan sebenar di hadapan ribuan penyokong sendiri Jumaat ini.
Terengganu FC (TFC) akan berdepan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat ini di Stadium Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Selepas mengharungi dua perlawanan Liga Super 2019, skuad penyu itu masih tercari-cari rentak untuk mencatat kemenangan pertama. TFC tekad memburu 3 mata penuh ke atas JDT dengan rintangan yang terpaksa mereka hadapi.
TFC hanya mampu mengumpul 1 mata hasil daripada 2 perlawanan. Walaupun masih terlalu awal lagi musim Liga Super 2019
“Tiada elemen lain buat pemain kami untuk mengutip mata penuh bertemu pasukan terkuat dalam negara ini melainkan mereka perlu bangkit sebagai anak jantan serta fokus sepanjang aksi 90 minit jika tidak mahu dimalukan di laman sendiri.” Irfan berkata melalui Berita Harian
“Kami sedar pertemuan dengan JDT nanti bakal berdepan laluan berduri, tapi kami tuntut pemain tidak cepat putus asa dan leka.
Dalam persiapan bertemu JDT nanti, Irfan mahu memberi fokus untuk membaiki benteng pertahanan dan mengingatkan mereka supaya dapat mengelakkan kesilapan mudah sehingga menghukum diri sendiri.
“Saya kenal pemain saya, mereka mampu bermain dengan baik, apatah lagi pernah tewaskan skuad JDT 1-0 musim lalu dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia.
“Bagaimanapun saya ingatkan pemain agar tidak terlalu menghormati lawan sebaliknya perlu lebih agresif mencipta gerakan untuk memburu jaringan awal bagi menyuntik semangat mereka.
“Semua pemain harus bijak memikul peranan masing-masing selain mengelak kesilapan individu yang bakal mengundang padah kerana lawan pantas dan bijak menghukum jika kita lalai,” kata Irfan yang mengharapkan benteng pertahanan mampu mengekang barisan serangan lawan dengan baik termasuk penjaga gol.
Irfan mahu mengelakkan pasukan TFC daripada berada di tangga terbawah lantas perlawanan menentang JDT merupakan satu perlawanan dianggap penting untuk berada di separuh atas carta liga.
Di tangga terbawah selepas 2 perlawanan adalah Kuala Lumpur. TFC di atas KL dengan kelebihan 1 mata sahaja. TFC dalam bahaya akan terjerumus ke tangga terbawah liga sekiranya tewas di tangan JDT dan KL mengutip mengutip mata.
Ulasan
Catat Ulasan