Pemain tengah Kuala Lumpur, Paulo Josue menegaskan, pasukannya tidak perlu berasa gerun menjelang pertemuan menentang Johor Darul Tazim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam ini.
Josue berkata, meskipun JDT membuka tirai perlawanan minggu lalu dengan penuh keyakinan apabila menundukkan Perak 1-0, namun skuad Kuala Lumpur tidak berasa gentar untuk beraksi di bumi Larkin.
Josue bagaimanapun berharapkan pasukannya perlu lebih agresif di bahagian serangan supaya ia boleh memberi tekanan dan menggugat benteng pertahanan JDT di laman sendiri.
“Tidak dinafikan JDT merupakan sebuah pasukan hebat serta juara lima kali berturut-turut pada saingan Liga Super tetapi tiada ada apa-apa yang perlu ditakutkan ketika berdepan skuad Harimau Selatan itu.” kata Josue
“Pasukan JDT juga digerakkan oleh manusia biasa dan sebarang kemungkinan juga boleh berlaku.
“Dalam bola sepak memang sukar untuk diramal, sebab itu Kuala Lumpur perlu yakin apabila berdepan JDT meskipun kami sebelum ini kecewa dengan kekalahan pertama kepada Pahang.
“Apa yang penting adalah kami perlu perbaiki bahagian serangan pasukan kerana itu perkara utama yang perlu diberikan perhatian selepas tewas di Cheras minggu lalu.
“Jika kami memberikan komitmen sepenuhnya pada perlawanan itu, tidak mustahil tiga mata akan memihak kepada Kuala Lumpur meskipun atas kertas kami bukan pasukan pilihan,” kata Josue ketika dihubungi oleh Kosmo.
“Saya fikir kita boleh mengalahkan JDT di Larkin. Musim lepas kita dalam situasi yang sama selepas kalah dua perlawanan pertama sebelum mengalahkan JDT di Cheras.
Sementara itu, pengendali Kuala Lumpur, Yusri Che Lah mengakui kekalahan pertama menyebabkan penyokong kurang senang dengan persembahan pasukannya.
“Apabila saya mulakan perjuangan dengan Kuala Lumpur, pastinya kami tidak akan mengalah meskipun kekalahan pertama mengakibatkan penyokong mula kurang senang,” kata Yusry Che Lah.
Menurut sumber terkini, Guilherme De Paula, Achmad Jufriyanto, Khair Jones tidak dapat diturunkan.
Kuala Lumpur kini berada di tangga kedua terbawah carta Liga Super 2019 pada minggu pertama.
Ulasan
Catat Ulasan