INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AS A MOULD FOR THE MODERNISATION OF MALAY STATES - PART TWO

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR SEBAGAI ACUAN KEMODENAN NEGERI MELAYU - BAHAGIAN DUA
Kemajuan dan ekonomi berkembang tahun demi tahun mendorong semakin ramai penduduk luar Johor terdiri dari pelbagai kaum mula berhijrah ke negeri Johor. Pada tahun 1864, Sultan Sir Abu Bakar mengisytiharkan dasar ekonomi dipanggil “Declaration of Economic Independence”dan menubuhkan Pelabuhan Tanjung Puteri. Tujuan baginda adalah untuk membebaskan kebergantungan ekonomi Johor kepada Singapura.
Pembukaan terusan laluan kapal dagangan antara terbesar dunia di Mesir “Suez Canal” bagi mempercepatkan tempoh pelayaran ke Eropah telah memberi kelebihan besar secara tidak langsung kepada pertumbuhan ekonomi Johor. Jaringan sistem komunikasi telegrafik merentas benua antara Singapura dan London yang bermula pada tahun 1871 merupakan teknologi tercanggih ketika itu.
Teknologi tersebut menggunakan kabel dasar laut yang bahan asasnya diperbuat daripada Gutta Percha (Getah Taban) yang banyak diekspot dari Johor. Hal ini diiktiraf oleh British dan membuka mata banyak kerajaan Melayu serantau ketika itu dan menjadikan ia sebagai contoh berpuluh tahun selepas itu.
Proses kesinambungan pemodenan pentadbiran Kerajaan Kesultanan Johor Moden oleh Sultan Sir Abu Bakar dilihat sebagai satu revolusi sebuah kerajaan Melayu. Baginda kemudian memindahkan keseluruhan jabatan-jabatan pentadbiran kerajaannya dari Telok Belanga ke Iskandar Puteri pada tahun 1860.
Pejabat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Polis, Jabatan Pos, Percetakan Negeri, Jabatan Tanah dan Kerja Raya, Jabatan Ukur, Jabatan Perubatan dan Jabatan Marin ditubuh agar pentadbiran dan rekod tadbir urus kerajaan tersusun rapi.
Sistem kabinet kementerian, Mahkamah Tinggi dan Syariah turut diwujudkan selain Majlis Penasihat kerajaan yang ditubuhkan untuk menasihati baginda dalam hal pentadbiran. Segala komponen kerajaan ini dan sistem tadbir urus yang dicetuskan oleh kerajaan pimpinan Kesultanan Johor Moden ketika itu menjadi rujukan dan contoh kepada semua kerajaan negeri dan negara yang ada pada hari ini. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AS A MOULD FOR THE MODERNISATION OF MALAY STATES - PART TWO
The progressive development and economy year after year eventually attracted people of different races from outside Johor to start emigrating to Johor. In 1864, Sultan Sir Abu Bakar made a Declaration of Economic Independence and founded the Tanjung Puteri Harbour. His Majesty's aim was to free Johor from economic dependence on Singapore.
The opening of the most heavily used shipping route in the world in Egypt, the Suez Canal, indirectly gave an advantage to the economic growth of Johor. A telegraphic communication system network across continents between Singapore and London started in 1871 was the most advanced technology at that time.
The technology used underwater cables made of Gutta Percha rubber, which was mostly exported from Johor. It was recognised by the British and opened the eyes of Malay states around the region and made it exemplary for decades to come.
The modernisation process made to the Modern Johor Sultanate government by Sultan Sir Abu Bakar was seen as a revolution of a Malay government. His Majesty then transferred the entire administrative departments from Telok Belanga to Iskandar Puteri in 1860.
The Menteri Besar’s Office, State Secretary’s Office, Treasury Department, Police Department, Postal Department, State Printing, Land and Work Department, Survey Department, and the Marine Department were founded to ensure that the administration and state affair records were neatly organised.
The ministry cabinet, High Court and Syariah systems were also founded besides a state advisory council to advise His Majesty on administrative matters. All these government components and the administrative system created during the Modern Johor Sultanate's reign at that time became references and examples for the country and all state governments today. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan