INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AS A MOULD FOR THE MODERNISATION OF MALAY STATES - PART ONE
FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR SEBAGAI ACUAN KEMODENAN NEGERI MELAYU - BAHAGIAN SATU
Kerajaan Johor Moden diasaskan oleh Temenggong Seri Maharaja Daing Ibrahim pada tahun 1855 setelah empayar dan Kesultanan Johor lama berpecah. Ia dimeterai dalam satu perjanjian peralihan kuasa pentadbiran melibatkan campurtangan pihak penjajah yang dipersetujui bersama.
Temenggong Daing Ibrahim tidak mahu melihat kehebatan Kerajaan Johor lenyap selama-lamanya. Kecekapan dan kebijaksanaan baginda menyusun dan memperbaiki kembali kehebatan Kerajaan Johor dapat dilihat seperti mana yang ada pada hari ini. Johor menjadi contoh rujukan kepada pemodenan negeri Melayu yang lain.
Pelaburan telah menjadi pilihan kerana baginda tidak mahu terus tunduk kepada kuasa British dengan hanya bergantung daripada elaun bulanan semata. Sejak tahun 1840, hasil perusahaan dan ekspot “Gutta Percha” (Getah Taban) ke pasaran global melonjakkan kredibiliti pemerintahan baginda serta permulaan Johor ke arah sebuah negeri yang hebat. Pendapatan dari setiap perdagangan ketika itu adalah sekitar $150,000 ke $200,000 dollar Sepanyol.
Pembukaan tanah besar Johor telah menarik minat pelbagai kaum seperti orang-orang Cina, Arab dan Eropah sebagai satu peluang berhijrah dan memulakan kehidupan yang baik. Baginda mewujudkan sistem pentadbiran tanah yang lebih tersusun dipanggil Sistem Kangchu atau Surat Sungai pada awal tahun 1840an ketika penghijrahan besar-besaran pengusaha ladang dari Singapura dan kepulauan Riau.
Surat Sungai menjadi dokumen pentadbiran kerajaan bertulis pertama yang dilakukan oleh kerajaan Melayu ketika itu. Rekod dokumennya diakui tersusun rapi oleh pentadbiran British dan masih boleh dirujuk sehingga kini. Setiap sungai dalam negeri Johor mempunyai pentadbir yang menerima kuasa dilantik oleh baginda untuk menguruskan perusahaan ladang masing-masing dan dikenakan cukai oleh baginda.
Konsep seumpama ini dapat dilihat sehingga hari ini yang mana ia dipraktikkan oleh pembangunan tanah rancangan Felda yang diperkenalkan oleh negara ini selepas kemerdekaan. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AS A MOULD FOR THE MODERNISATION OF MALAY STATES - PART ONE
The Modern Johor government was founded by Temenggong Seri Maharaja Daing Ibrahim in 1855 after the old Johor Sultanate and Empire fell. It was finalised in a transfer of power negotiation involving colonisers that was agreed upon by all parties.
Temenggong Daing Ibrahim did not want the Johor Government to disappear forever. His Majesty's wisdom and efficiency in restructuring and restoring the Johor Government could be seen today. Johor became a point of reference for the modernisation of other Malay states.
Investment was a priority because His Majesty did not want to bow down to the British by relying solely on monthly allowances. Since 1840, the export and commercialisation of Gutta Percha latex to the global market kick-started the credibility of His Majesty's reign and Johor's beginning as a great power. The income from every trade made at that time was between $150,000 and $200,000 Spanish dollar.
Johor opening its doors attracted the interest of various races such as the Chinese, Arabs and Europeans to migrate to and start a new life. His Majesty created a more organised administrative system called the Kangchu System, also known as Surat Sungai, in the early 1840s during a mass migration of farm owners from Singapore and the Riau province.
The Surat Sungai document became the first written adminstrative document made by a Malay government at that time. The document records were confirmed by the British administration to be highly organised and can still be used as reference today. Every river in Johor had a leader that was bestowed the power by His Majesty to manage respective farms and pay taxes.
This concept can still be seen today with Felda land development projects as introduced by this nation after independence. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan