FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | HUBUNGAN ERAT SULTAN JOHOR DAN RAJA-RAJA MELAYU - BAHAGIAN DUA
Perhubungan erat Raja-Raja Melayu tidak terhad kepada hubungan dari sudut perjawatan baginda-baginda sebagai raja. Malah, ada antara sesama baginda mempunyai pertalian darah yang sama atau melalui perkahwinan. Sejak zaman dahulu lagi, Kesultanan Johor mempunyai pertalian darah dan kekeluargaan dengan beberapa Kesultanan lain yang ada di negara ini.
Sifat kepimpinan hebat Kesultanan Johor Moden hari ini bermula dari sejarahnya yang gemilang. Ianya diwarisi daripada dinasti yang berbeza namun saling mempunyai kaitan pertalian keluarga. Kehebatan Empayar Kesultanan Johor yang amat besar pada suatu masa dahulu diwarisi oleh Kesultanan Johor Moden yang dapat kita lihat pada hari ini.
Empayar Kesultanan Johor-Riau-Lingga berpecah disebabkan pengaruh kuat kuasa besar seperti British dan Belanda. Sultan Sir Abu Bakar ketika menjadi pemerintah Kerajaan Johor Moden masih berutus surat dengan Sultan dan Yang Dipertuan Lingga dan menjemput baginda bertemu di Istana Besar.
Baginda juga pernah mengutuskan surat kepada Sultan Terengganu memohon agar barangan tradisional dari Terengganu seperti ukiran kayu dan songket tenun dapat dipamerkan bersama barangan identiti dari Johor sewaktu Johor Pavillion (Rumah Johor) di pameran antarabangsa di Australia dan Amerika Syarikat.
Kemuafakatan antara Raja-Raja Melayu di negara ini telah memupuk kekuatan institusi Raja dan Rakyat. Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim pada tahun 2015 menyaksikan Raja-Raja Melayu lain turut berangkat sama dan diraikan dengan penuh hormat dan takzim. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR SULTANATE'S CLOSE TIES WITH MALAY RULERS - PART TWO
The close ties among Malay rulers are not limited to just relations as rulers. Some of the rulers are related through blood or marriage. For a long time, the Johor Sultanate has had blood and family ties with several other Sultanates in the country.
The Modern Johor Sultanate's great leadership trait could be traced back to its glorious history. It has been inherited from different dynasties but the family ties have remained intact. The greatness of the Johor Sultanate Empire has been inherited by the Modern Johor Sultanate as we can witness today.
The Johor-Riau-Lingga Sultanate Empire fell due to strong external influences such as the British and the Dutch. At that time Sultan Sir Abu Bakar as the Modern Johor Sultanate ruler still exchanged letters with the Sultan and Yang Dipertuan of Lingga and invited the ruler to meet at the Grand Palace.
His Majesty also exchanged letters with Sultan of Terengganu to request for traditional Terengganu products such as wood carvings and woven silk fabric to be displayed alongside Johor's local products during the Johor Pavilion (House of Johor) at international exhibitions in Australia and the United States of America.
The strong ties among the Malay rulers in this country have fostered a strong institution between rulers and the people. The crowning of HM Sultan Ibrahim as Sultan of Johor in 2015 saw other Malay rulers attend and celebrate the occasion with respect and courtesy. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Add caption |
Ulasan
Catat Ulasan