INI MUNGKIN TAHUN TERAKHIR SAYA – TMJ


INI MUNGKIN TAHUN TERAKHIR SAYA – TMJ

Ini Mungkin Tahun Terakhir Saya รข€“ TMJ

Jika benar apa yang ditulis Tunku Ismail Sultan Ibrahim di instastory beliau, maka juara Liga Super lima kali berturut turut Johor Darul Takzim (JDT) perlu bersedia berdepan sebuah kehilangan yang cukup besar.
Nampaknya sejak kebelakangan ini , ada sesuatu yang menganggu pemikiran pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 
Setelah meminta maaf kepada penyokong pasukan itu beberapa hari lalu sebagai rasa tanggungjawab terhadap isu semasa dalam pasukan, Tunku Mahkota Johor itu dalam tulisan di instastorynya seolah meluahkan kekecewaan dan memberi bayangan akan meninggalkan pasukan itu. 
“Semua sibuk cakap pasal (Mario) Gomez, Safiq Rahim, (Pereyra) Diaz, Aaron (Niguez), tapi mereka lupa siapa yang lahirkan kelab ini dan siapa yang rekrut mereka semua ini. Pemain dan jurulatih keluar masuk tetapi tetap menang 16 piala termasuk empat piala belia, 12 piala pasukan senior. Tiba masanya mereka akan sedar. 
“Sama macam Real Madrid, semua ingat CR7 (Cristiano Ronaldo), tapi tak semua hargai Florentino Perez. Kalau tiada beliau, tiada Galacticos, tiada semua pemain yang beliau rekrut dan tiada semua piala yang dimenangi akhir akhir ini. 
“Jujur cakap, ini mungkin akan menjadi tahun terakhir saya, cukuplah setakat ini, terima kasih. Tidak lama lagi, goodbye,” tulisnya di instastory. 

Ulasan