GONZALO CABRERA : SEMUA PASUKAN MAHU LIHAT JDT TEWAS

Gonzalo Cabrera : Semua Pasukan Mahu Lihat JDT Tewas

Gonzalo Cabrera menyifatkan pertembungan menentang Kuala Lumpur Jumaat ini bukan satu tugas mudah. JDT harus lebih berwaspada dengan helah skuad Kuala Lumpur yang pasti ingin bangkit selepas tewas 1-3 kepada Pahang pada perlawanan Liga Super minggu pertama lepas.
“Kami sudah lalui perlawanan yang sukar ketika menentang Perak dan kemenangan ke atas pasukan itu penting bagi meningkatkan keyakinan, saya gembira gol itu membantu JDT mengekalkan Piala Sultan Ahmad Shah.” Kata Cabrera seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ini.
“Kami harus konsisten dan mengamal corak permainan efektif tanpa melakukan kesilapan mudah, semua tahu apabila pasukan lain menentang JDT, mereka akan beri persembahan lebih 100 peratus.
“Setiap perlawanan yang ditempuhi amat mencabar kerana semua pasukan mahu menewaskan kami. Jadi kami tidak boleh terlalu selesa walaupun beraksi di laman sendiri,” kata Gonzalo Cabrera lagi.
Gonzalo Cabrera merupakan penjaring tunggal dalam perlawanan merebut Piala Sumbangsih 2019 di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos sabtu lepas. JDT berjaya merangkul juara tersebut buat kali ke-4 sejak penjenamaan JDT pada 2013. Gol tersebut dijaringkan oleh Cabrera pada minit ke-40 hasil tendangan cantik melepasi jangkauan penjaga gol Perak dan kebangsaan, Hafizul Hakim.
Seterusnya JDT berjaya mengutip 3 mata penuh pertama dan berkedudukan tangga ke-4 dalam carta Liga Super minggu pertama. Mendahului carta adalah pasukan Pahang, Kedah dan Melaka United.


Carta Liga Super LS1

Esok, Jumaat, JDT akan bertemu Kuala Lumpur di Stadium Larkin pukul 9.00 malam untuk perlawanan LS2 2019. Disamping itu Gonzalo Cabrera kelihatan sudah bersedia untuk mengekalkan persembahan prestasi cemerlang dan konsisten walaupun sedar dia akan menjadi sasaran utama anak buah Yusri Che Lah.
Kuala Lumpur pada awalnya dilihat akan berhadapan dengan laluan getir bertemu JDT esok kerana ketewasan mereka di tangan Pahang 1-3 membuatkan mereka lebih tertekan.
Namun berita gembira buat pasukan Kuala Lumpur apabila para pemain mereka telah diberi gaji tertunggak sehingga Disember membuatkan mereka lebih bersemangat. Berita itu secara tidak langsung akan memberi mereka satu motivasi tinggi berdepan dengan JDT.
Dalam perlawanan pertama Liga Super 2018 di Kuala Lumpur, Mereka Berjaya menewaskan JDT 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung selama 2 hari kerana terpaksa ditunda disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan.
Menurut Cabrera lagi melalui Harian Metro, turut menegaskan JDT adalah pasukan terbaik di negara ini dan perlu membuktikan reputasi itu serta berusaha mempamerkan aksi menghiburkan selain mencipta kemenangan tidak kira di laman sendiri mahupun di gelanggang lawan.
“Semua pemain tidak boleh pentingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bekerjasama antara satu sama lain,” kata Cabrera.
Selain itu Cabrera mahu rakan sepasukan mahu pemain Kuala Lumpur, Guilherme de Paula diawasi dan mengekang segala gerakan beliau.
Kredit Foto : Perak TBG

Ulasan