EMPAT PERKARA MENJELANG PERLAWANAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM SETERUSNYA

EMPAT PERKARA MENJELANG PERLAWANAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM SETERUSNYA
Beberapa hari sahaja lagi menjelang sepak mula perlawanan ke-4 unifi Liga Super Malaysia 2019 melibatkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Melaka United di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Barisan kejurulatihan dan pemain JDT dilihat cukup bersemangat untuk meneruskan perjuangan dan berusaha mengekalkan konsintensi. Empat perkara dapat dilihat menjelang perlawanan tersebut.
1. SUASANA HARMONI
Barisan kejurulatihan JDT kini fokus meneliti segala taktikal dan strategi untuk ditambahbaik. Para pemain pula bekerja keras supaya dapat meneruskan rentak kemenangan ke-22 di halaman sendiri. Namun begitu, suasana harmoni dalam sesi latihan memperlihatkan bahawa barisan kejurulatihan dan pemain JDT tidak tertekan walaupun sedar bahawa tugas berat bakal mereka laksanakan kelak.
2. HADIR KE STADIUM
Para penyokong juga diseru untuk memenuhi ruang stadium pada hari perlawanan tersebut. Untuk memudahkan penyokong JDT, pembelian tiket online juga boleh dibeli sekarang setelah dibuka sejak minggu lepas. Penyokong juga boleh membeli secara terus di kaunter tiket stadium. Untuk makluman penyokong, pembelian secara terus akan dibuka 1 hari sebelum perlawanan dan juga hari berlangsungnya perlawanan manakala tiket online turut boleh ditebus pada hari tersebut.
3. SOKONGAN PADU
Sokongan padu penyokong Merah Biru adalah alteratif dalam memacu mempertingkatkan semangat dan moral pemain untuk mengutip tiga mata mutlak. Penyokong perlu sentiasa optimis berada di belakang skuad Harimau Selatan. Maka dengan itu, Sorakan Larkin perlu bergema menemani sebelas pemain Harimau Selatan di atas padang berjuang sepanjang 90 minit waktu perlawanan.
4. DEMI MERAH BIRU
Kepercayaan adalah ramuan paling berkesan dalam mencipta kejayaan. Penyokong sentiasa harus percaya kepada kelab dan kepimpinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Letakkan segala kepercayaan penuh keatas semua usaha DYAM Tunku Mahkota Johor dalam memastikan empayar ini sentiasa sahaja kuat dan utuh. Percayalah, baginda tidak akan sesekali membiarkan kegemilangan ini menjadi pudar dan pupus.
Akhir kata, penuhkan stadium Larkin pada 23 Februari 2019 ini. Ayuh sama-sama hadir ke stadium untuk membantu merealisasikan kemenangan dalam perjuangan. Jangan biarkan stadium keramat ini kosong tiada sorakan.
Berikanlah 100% dalam sokongan dan pasukan akan mengandakan 200% usaha mendakap kemenangan!
Merah tak kabur, Biru tak luntur. Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan