Pahang nyata tidak memandang rendah perlawanan ini apabila pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh menurunkan barisan terbaik dalam perlawanan ini.
Pahang nyata tidak memandang rendah perlawanan ini apabila pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh menurunkan barisan terbaik dalam perlawanan ini.
Namun begitu, Dollah menganggap kemampuan Pahang untuk mencabar penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih jauh berdasarkan corak permainan anak buahnya.
“Perjalanan masih jauh lagi. Kita fokus perlawanan demi perlawanan dahulu. Kita tidak mahu gelojoh sangat,” katanya dalam Berita Harian.
Dalam perlawanan itu, Nwakaeme menceriakan penyokong hampir 5,000 penyokong Pahang setelah menyambut bola muntah susulan percubaan Zer Love hasil gerakan Sumareh dan Azam untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Nwakaeme kemudian menunjukkan bisa beliau masih ada apabila menambah gol kedua peribadinya pada minit-minit akhir perlawanan setelah melakukan gerakan solo menewaskan beberapa pemain Kuala Lumpur termasuk Shalbinee untuk Pahang pulang ke Kuantan dengan 3 mata penuh.
Dollah menyifatkan kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini menyuntik semangat anak buahnya untuk memburu kemenangan kedua apabila dijadualkan menentang Terengganu FC di Kuantan pada hari sabtu ini.
“Sudah tentu kita mahukan kemenangan pada aksi pertama kerana ia dapat menyuntik moral pemain supaya dapat terus memberikan aksi terbaik pada perlawanan seterusnya.
“Berbanding aksi pra-musim, aksi malam ini jauh lebih baik meskipun kita seharusnya boleh mendapatkan lebih banyak gol.
“Namun kita akui kita berada dalam keadaan tertekan. Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan yang memainkan peranan yang besar apabila berjaya menyekat serangan balas pantas Kuala Lumpur,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan