Gonzalo Cabrera, penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), muncul pemain pertama JDT yang menjaringkan gol dalam Liga Malaysia 2019. Gol yang diperolehi beliau hasil jaringan tunggal dalam perlawanan sulong Liga Super 2019 dan Piala Sumbangsih 2019 yang berlangsung pada Sabtu lepas di Stadium Larkin.
Gol beliau hasil daripada jaringan cantik menewaskan Hafizul Hakim, penjaga gol Perak dan kebangsaan di minit ke 40 separuh masa pertama.
Gonzalo Cabrera merupakan penjaring kedua terbanyak JDT pada musim lepas (2018) dengan jumlah jaringan sebanyak 14 gol, 2 gol di belakang Safawi Rasid. Safawi menjadi penjaring terbanyak JDT dengan 16 gol sepanjang musim 2018.
Cabrera muncul wira JDT dalam pertemuan menentang Perak itu dengan menghasilkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-40. Selepas gol dan kejayaan tersebut, Cabrera bertekad mahu mencipta banyak lagi kejayaan pada musim ini.
Kejayaan JDT malam itu membolehkan JDT mengutip 3 mata penuh Liga Super dan seterusnya menduduki tangga ke-4 dalam carta liga pada minggu pertama Liga Super 2019. Sehingga minggu pertama, Pahang berada di tangga teratas selepas kemenangan 3-1 terhadap Kuala Lumpur, diikuti oleh pasukan Kedah dan Melaka United masing-masing di tempat kedua dan tiga. Empat pasukan teratas berkongsi 3 mata penuh.
Perlawanan berikutnya bagi JDT adalah pada 08 Februari ini bertemu Kuala Lumpur di Stadium Larkin untuk minggu ke-2 liga. Ia adalah peluang bagi JDT untuk mengutip mata penuh dan seterusnya memperbaiki kedudukan liga menduduki dua tangga teratas mahupun teratas.
“Ia perlawanan yang sukar tetapi kami berjaya memenanginya. Kami amat gembira kerana dapat mempamerkan persembahan yang baik,” kata Cabrera.
Gonzalo Cabrera merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan selain dari Hariss Harun pada musim ini. Menjadi pemain yang sentiasa dahagakan gol dan kerap mengkucar-kacirkan pertahanan lawan sudah tentu menjadi aset bagi pasukan JDT musim ini.
JDT diperkuatkan dengan kemasukan 3 import baharu yang berprofil tinggi seperti Diogo Luis Santo, Aaron Niguez dan Mauricio dos Santos. Ia selari dengan penglibatan dan penampilan sulong JDT dalam kejuaraan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) di peringkat kumpulan yang akan bermula pada 05 Mac ini.
Cabrera percaya mereka mampu membentuk gandingan mantap untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan ACL 2019 yang lebih mencabar tahun ini.
“Jika boleh, saya mahu membantu pasukan ini memenangi Liga Super dan Piala FA seperti yang disasarkan. Selain itu, saya mahu menjadi penjaring terbanyak musim ini,” tambahnya.
Ulasan
Catat Ulasan