Cabrera mahu lebih kejayaan dengan JDT

Cabrera mahu lebih kejayaan dengan JDT

Penyerang import Johor Darul Ta'zim (JDT), Gonzalo Cabrera, mahu mencipta lebih banyak kejayaan musim ini setelah membantu pasukannya merangkul Piala Sumbangsih di Larkin, malam tadi.

Cabrera muncul wira JDT dalam pertemuan menentang Perak itu dengan menghasilkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-40.

Dengan memastikan Piala Sumbangsih kekal di bumi Johor, kejayaan itu juga membolehkan JDT mengutip tiga mata pertama pada permulaan musim 2019.

"Ia perlawanan yang sukar tetapi kami berjaya memenanginya.

"Kami amat gembira kerana dapat mempamerkan persembahan yang baik," katanya.

Cabrera antara pemain import yang dikekalkan JDT bersama ketua pasukan, Hariss Harun, dengan pasukan itu turut diperkuatkan dengan tiga pemain import baru, iaitu Diogo Luis Santo, Aaron Niguez dan Mauricio Dos Santos.

Pemain kelahiran Argentina itu percaya mereka mampu membentuk gandingan mantap untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang lebih mencabar tahun ini.

""Jika boleh, saya mahu membantu pasukan ini memenangi Liga Super dan Piala FA seperti yang disasarkan.

"Selain itu, saya mahu menjadi penjaring terbanyak musim ini," tambahnya.


Ulasan