CABARAN HEBAT KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM DALAM SAINGAN LIGA JUARA-JUARA AFC
Juara Liga Super Malaysia lima kali berturut-turut, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini telah mula merencanakan aspirasi mencongak perjalanan berliku dalam penampilan sulung kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2019.
Debaran mula hadir setelah kelab-kelab yang bakal menjadi pencabar dalam Kumpulan E telah lengkap diumumkan secara rasmi.
Apabila bermula aksi sulung pada 5 Mac 2019 ini, maka bermulalah catatan satu lagi sejarah bola sepak Malaysia. Barisan kejurulatihan serta para pemain JDT perlu bersedia menempuh beberapa faktor yang bakal memberi cabaran getir skuad Harimau Selatan.
1. MENTAL DAN FIZIKAL
Skuad JDT bakal dijadualkan bertemu kelab-kelab dari negara Jepun, Republik Korea dan Republik China. Tanpa persediaan rapi dari segi mental dan fizikal akan menyebabkan kemerosotan prestasi pemain sehingga merencatkan segala operasional taktikal.
Keseluruhan skuad JDT juga akan mengharungi perjalanan yang memakan masa yang lama dalam beberapa siri perlawanan peringkat kumpulan E yang boleh menganggu fokus dan prestasi. Maka dengan itu, aspek dalam penjagaan nutrisi makanan dan tidur yang cukup perlu lebih diberi perhatian.
Perkara ini perlu menjadi rutin disiplin wajib para pemain supaya dapat mengekalkan konsistensi dalam memberi saingan yang hebat ketika perlawanan berlangsung.
2. PERUBAHAN IKLIM YANG KETARA
Para pemain JDT bakal berdepan dengan iklim dan cuaca yang amat berbeza dengan Malaysia. Kesan dari ketidakserasian dan ketidaksesuaian pemain menyesuaikan diri dengan iklim dan cuaca berlainan juga boleh menjadi faktor utama kemerosotan prestasi.
Kemerosotan prestasi bakal memberi kesan buruk dalam fokus pemain mengadaptasikan taktikal juga strategi yang dirancang. Namun sedikit kelegaan kerana di dalam perlawanan yang dijadual kelak, JDT bernasib baik kerana ketika itu negara Jepun dan Republik Korea diramal akan mengalami iklim musim bunga.
3. KEYAKINAN DIRI
Para pemain JDT bakal menentang kelab-kelab yang mempunyai reputasi tinggi dalam arena bola sepak dunia. Contohnya kelab Kashima Antlers, yang merupakan kelab J1 league yang pernah bertanding di FIFA Club World Cup 2016 malah berjaya melangkah hingga ke perlawanan akhir walaupun tewas pada masa tambahan kepada kelab hebat dunia, Real Madrid. Kelab ini juga membawa status gah selaku penyandang juara terkini Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2018. Satu cabaran hebat bakal dilalui oleh JDT.
Namun di sebalik perkara tersebut, hanya keyakinan diri yang dapat membuat JDT berdiri sama tinggi dengan kelab-kelab tersebut. Keyakinan diri paling maksima dan tertinggi juga harus sentiasa dipaksi dalam diri para pemain dan barisan kejurulatihan supaya sikap terlalu hormat kepada lawan dapat dinyahaktif.
Akhir kata, walaupun sehebat mana cabaran yang bakal dilalui keseluruhan kem Harimau Selatan, para penyokong Merah Biru serta seluruh rakyat Malaysia sudah pastinya akan mendoakan kegemilangan dan kejayaan dalam perjalanan membawa nama Malaysia ke mata dunia.
Ayuh kita jadikan misi mustahil kepada tidak mustahil. Selamat berjuang Merah Biruku!
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan