BREAKING NEWS : JDT LEPASKAN KHIDMAT AARON NIGUEZ


BREAKING NEWS : JDT LEPASKAN KHIDMAT AARON NIGUEZ


Breaking News : JDT Lepaskan Khidmat Aaron Niguez

Berita mengejutkan yang diterima melalui akaun rasmi facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi. Pengurus Kelab Johor Darul Ta’zim, Luciano Figueroa mengumumkan JDT tidak lagi memerlukan Aaron Niguez untuk perlawanan dan saingan dalam Liga Malaysia.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aaron Niguez kerana menjadi sebahagian daripada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya menjulang Piala Sumbangsih 2019.” Kata Luciano Figueroa.
Luciano bagaimana pun telah memberi penghargaan kerana membantu JDT merangkul Piala pertama musim ini, Piala Sumbangsih.
Aaron Niguez dilepaskan untuk bersama kelab lain seperti mana yang dimaklumkan kerana pasukan JDT ingin membuat beberapa perubahan taktikal menjelang perlawanan kompetitif di Liga Malaysia mahu pun di peringkat Asia.

Aaron Niguez ketika menentang Perak merebut Piala Sumbangsih

“Saya merasakan bahawa Harimau Selatan perlu membuat beberapa perubahan taktikal untuk mengukuhkan skuad. Ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ketika latihan dan perlawanan-perlawanan kompetitif.” Tambah Luciano.
Luciano Figueroa turut mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
“Saya dan kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Aaron untuk kerjaya beliau di masa hadapan. Terima kasih atas sumbangan anda.” Tambah Luciano Figueroa.
Aaron Niguez, berasal dari Sepanyol, sepanjang bersama JDT dalam 3 perlawanan Liga Super 2019, telah menyumbang tenaga membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih 2019 pada 02 Februari 2019. Antara rekod penglibatan beliau bersama JDT adalah :

Penampilan – 3 perlawanan
Minit Main – 184 minit
Kesebelasan Utama – 2 perlawanan (vs Perak, vs KL)
Subs In – 1 perlawanan
Subs Out – 1 perlawanan
Jaringan – tiada
Semalam, 20 Februari 2019 juga merupakan tarikh akhir pendaftaran pemain (Jendela Perpindahan Pertama) yang telah ditetapkan oleh
Malaysia Football League (MFL). Dipercayai keputusan itu dibuat sebelum berakhirnya jendela tersebut.
Terdapat satu kemungkinan, iaitu JDT mungkin telah mengambil seorang pengganti sebelum tarikh tutup namun belum dibuat sebarang pengumuman. Kita masih menunggu berita pengumuman sama ada JD akan menggantikan Aaron Niguez dengan pemain lain atau tidak.
Sekiranya tidak, maka kesemua 4 pemain import JDT ( Hariss Harun, Gonzalo Cabrera, Mauricio Nascimento dan Diogo Santo) akan disenaraikan dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019 yang akan bermula 05 Mac ini. Cuma JDT akan kurang seorang pemain import dalam Liga Super ini.
Untuk pemain import Liga Malaysia, JDT tak perlu risau sebab JDT masih boleh menggunakan khidmat pemain import dari JDT II tanpa sebarang halangan.
Pemain import dari JDT II : Ghaddar, Nico Fernandez dan Lucas Elias Ontivero selain daripada Bruno Soares yang bermain di bahagian pertahanan.
Update : JDT telah menandatangani Leandro Velazquez, pemain yang pernah menjulang Piala AFC pada tahun 2015. [ https://johorsanasini.com/2019/02/21/breaking-news-ii-leandro-velazquez-kembali-ke-jdt/ ]
Kredit Foto : The Photoshooterz

Ulasan