Pengurus pasukan JDT, Luciano Figueroa berkata, pasukan Harimau Selatan akan menurunkan kesebelasan pemain terbaik untuk menentang Perak The Bos Gaurus malam ini dalam pertembungan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) malam ini di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin. Ia juga merupakan perlawanan pembuka tirai Liga Super 2019 bagi kedua-dua pasukan tersebut.
Juara Liga Super lima tahun berturut-turut, Johor Darul Takzim (JDT) menagih sentuhan pertama pemain kontroversi, Akhyar Rashid untuk beraksi mempertahankan Piala Sumbangsih pada perlawanan tersebut. Kelibat Akhyar Rashid sudah tentu menjadi tumpuan dan ditunggu-tunggu oleh para penyokong JDT nanti.
Akhyar berkemungkinan besar diturunkan atau akan berada dalam senarai pemain mala mini setelah beliau disebut-sebut oleh Luciano Figueroa semasa sidang media pra perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9.00 malam ini.
Dalam sidang akhbar di Hotel Thistle tersebut, Luciano Figueroa berkata :
“Ya, Akhyar kini dalam prestasi terbaik dan sudah pastinya kita akan menurunkan pemain baharu kita untuk digandingkan dengan Safawi Rashid.
“Akhyar dan Safawi adalah pemain fantastik, kita berharap mereka akan memberikan satu persembahan perlawanan yang bagus.
“Ini adalah kombinasi terbaik untuk kita memastikan permulaan Liga Super musim ini memihak kepada kita sekali gus kita kekalkan Piala Sumbangsih di sini,”
Sumber : Utusan Malaysia
Ulasan
Catat Ulasan