Langkau ke kandungan utama

4 PASUKAN TERATAS BERKONGSI SAMA MATA, JDT KE-3 LIGA



4 PASUKAN TERATAS BERKONGSI SAMA MATA, JDT KE-3 LIGA


4 Pasukan Teratas Berkongsi Sama Mata, JDT Ke-3 Liga

Tamat tiga perlawanan minggu ke-3 Liga Super 2019 malam ini dengan beberapa keputusan yang menarik dan mengejut.
Di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah menang bergaya terhadap Felda United dengan jaringan besar 4-0.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka, Melaka berjaya mengelak dari kekalahan di tangan Pahang. Pahang mendahului perlawanan dengan jaringan awal oleh Goulon pada minit ke-5. Melaka United banyak melakukan asakan di penghujung perlawanan dan dihadiahkan sepakan penalti. Safiq Rahim tidak mensia-siakan peluang keemasan itu merembat masuk gol penyamaan Melaka United.
Insiden kekasaran mengakibatkan Pahang kehilangan Nor Azam Azih yang layangkan kad merah dan dibuang padang pada minit ke-80.
Manakala di Manjung, PKN P FC tewas mengejut di tangan Petaling Jaya FC 2-3.
Ada 2 lagi perlawanan yang masih belum berlangsung iaitu Selangor menentang PKNS di Stadium Shah Alam malam esok, manakala perlawanan Perak dan Kuala Lumpur dipinda ke satu tarikh lain.
Setelah selesai 4 perlawanan Liga Super minggu 3, Kedah berjaya merampas takhta liga hasil daripada kemenangan malam ini dengan mengumpul 7 mata dengan perbezaan jaringan 6 gol.
Manakala Pahang jatuh 1 anak tangga, di tangga kedua dengan kutipan 7 mata juga tetapi perbezaan jaringan 5 gol, kekurangan 1 gol di belakang Kedah.
Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali ke tangga ke-3 liga seperti minggu ke-2 turut mengumpul 7 mata juga tetapi beza jaringan 4 gol.
Melaka United juga, selepas seri dengan Pahang 1-1 tadi, turut mengumpul 7 mata dengan perbezaan jaringan 2 gol. Melaka masih mengekalkan rekod tanpa kalah bersama Pahang, Kedah, JDT dan Selangor.
Persaingan sangat sengit terutama untuk 4 tangga teratas Liga Super 2019 pada minggu ke-3 ini. Keempat-empat pasukan teratas (Kedah, Pahang, JDT dan Melaka United) berkongsi 7 mata disamping perjalanan liga masih jauh lagi.
Dua baki perlawanan berikutnya tidak akan memberi sebarang kesan kepada kedudukan 4 pasukan teratas nanti.
Perlawanan berikutnya bagi 4 pasukan teratas liga adalah :
22.02.2019 : PJ BC vs Kedah 
23.02.2019 : JDT vs Melaka United
24.02.2019 : Pahang vs Selangor

Carta Liga Super 2019 – Minggu 3
Keputusan 4 perlawanan Liga Super Minggu-3
Kredit Foto : Melaka United FA

Ulasan