- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Syazwan Andik Ishak hari ini sah menjadi milik Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas juara Liga Super itu mengumumkan kepulangannya hari ini.
Facebook JOHOR Southers Tigers memuat naik gambar bek kiri Harimau Malaya itu memakai baju Harimau Selatan dengan kapsyen 'Welcome Home Syazwan Andik'.
Khabar kepulangan Syazwan, 22, ke JDT sudah bertiup kencang sejak beberapa hari lalu di media sosial, dan Harimau Selatan mengorak langkah pantas menyambar pemain tersebut sebaik sahaja dia mengesahkan sudah meninggalkan Kuala Lumpur.
Syazwan membatalkan kontrak dengan skuad The City Boys (Kuala Lumpur) kerana tidak dibayar gaji dan tertunggak selama dua bulan pada November dan Disember.
Syazwan Andik pernah menyarung jersi JDT II pada 2016 dan 2017 sebelum menyertai Kuala Lumpur pada 2018.
Nama Syazwan mula melonjak naik selepas dia menjadi pemain harapan membantu skuad bimbingan Tan Cheng Hoe mara ke final Piala AFF, Disember lalu.
Sumber : Utusan Malaysia dan JOHOR Southern Tigers.
Ulasan
Catat Ulasan