Welcome Diogo Luis Santo To Johor Darul Ta’zim

Selamat datang Diogo Luis Santo !

Berakhir sudah segala teka-teki dan khabar angin tentang perpindahan penyerang dari Brazil ini ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Diogo Luis Santo merupakan seorang penyerang dari kelab Buriram United, pasukn kuat dan digeruni dalam Liga 1 Thailand. Buriram United juga adalah juara Liga 1 Thailand 2018.


Diogo mempunyai pengalaman luas beraksi dalam kejohanan paling berprestij bagi peringkat kelab di rantau Asia ini. Kehadiran beliau sudah tentu akan banyak membantu kelab Johor Darul Ta’zim bersaing buat pertama kalinya dalam Liga Juara-Juara AFC 2019.

Dalam saingan Liga 1 Thai musim 2018, Diogo muncul sebagai penjaring terbanyak apabila beliau berjaya menjaringkan sebanyak 34 selepas tamat 33 perlawanan Liga 1 Thai 2018. Jaringan itu mempunyai putata kadar 1 gol 1 perlawanan


Penjaring kedua terbanyak pula adalah Heberty Fernandes dari Muangthong United dengan 26 gol. Melalui khabar angin sebelum ini, JDT pernah cuba memikat Heberty Fernandes dari Muangthong United itu namun menemui kegagalan.

Diogo Luis Santo, penyeeang berusia 31 tahun, berbisa dan tajam di hadapan pintu gol jika dilihat melalui video dan jumlah gol jaringan beliau. 

Selain itu, Diogo juga mampu menjadi penyumbang gol (assist) apabila mencatatkan 9 assist (keenam terbanyak).


JDT dianggap bertuah kerana Diogo sendiri begitu cemerlangan dalam saingan Liga 1 Thai sehinggakan beliau berhasil menerima 2 anugerah dalam FA Thailand Awards 2018. Dua anugerah itu ialah Pemain Import Terbaik 2018 dan Penjaring Terbanyak Liga 1 Thai 2018.

Diogo merupakan antara penyerang terbaik dalam saingan bola sepak di sekitar Asia Tenggara buat masa ini.

Kehadiran beliau bersama JDT diharap mampu JDT memperkuatkan jentera serangan bukn sahaja dalam saingan ACL 2018, malah dalam saingan Liga Malaysia 2019.

Ulasan