Aaron Niguez merupakan salah seorang pemain import baharu musim 2019 ini bersama Mauricio Nascimento dan Diogo Luis Santo. Beliau juga abang kepada pemain terkenal Saul Niguez yang sekarang ini bermain untuk Atletico Madrid.
Kedatangan Aaron ke Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa satu tekad dan azam iaitu membawa kejayaan kepada JDT.
“Misi utama saya di sini adalah mahu meraih kejayaan dalam Liga Juara-Juara Asia (AFC) dan mahu memenangi seberapa banyak piala di Malaysia untuk dihadiahkan kepada ‘Boss’ dan penyokong setia Harimau Selatan,” kata Aaron Niguez pada awal-awal kehadiran bersama skuad JDT.
Aaron Niguez, 29 tahun yang berasal dari Sepanyol adalah bekas pemain akademi Valencia. Penglibatan dan pengalaman beliau dalam saingan kejuaraan besar diharapkan dapat membantu JDT lebih cemerlang musim ini.
Daripada 3 perlawanan ujian / persahabatan JDt pra musim, Aaron telah diturunkan dalam kesebelasan utama sebanyak 2 kali iaitu ketika bertemu Home United dan Bangkok United. Beliau tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama JDT ketika perlawanan menentang Ratchaburi FC. Ia tidak mengejutkan kerana JDT masih mencari keserasian dan set pemain utama mereka dengan mencuba beberapa pilihan yang ada.
Menariknya bagi Aaron Niguez dalam perlawanan pra musim ini adalah beliau telah berjaya menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan itu (menentang Home United dan Bangkok United). Ketika menentang Home United, beliau telah menjaringkan 1 gole melalui sepakan penalty pada minit ke 13 perlawanan. Manakala gole ketika menentang Bangkok United dijaringkan pada minit ke 38 hasil sepakan padu di luar kotak penalty tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol Bangkok United.
JDT, melalui barisan utama di separuh masa pertama Berjaya mendahului 2-0 sebelum Bangkok United berjaya menyamakan kedudukan 2-2 apabila tamat perlawanan.
Berikut adalah video kedua-dua gol hasil jaringan Aaron Niguez dalam perlawanan persahabatan pra musim 2019.
JDT mempunyai satu lagi perlawanan iaitu perlawanan terakhir dalam siri jelajah Thailand pra musim iaitu menentang PTT Rayong FC pada hari esok, 23 Januari 2019 sebelum pulang ke Johor membuat persiapan terakhir menjelang perlawanan merebut Piala Sumbangsih pada 02 Februari 2019.
Ulasan
Catat Ulasan