Beberapa perlawanan ujian pra musim 2019 telah dilalui oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam bulan Januari ini. Daripada tiga perlawanan yang telah ditempuhi, satu perlawanan berlangsung di Stadium Larkin di mana JDT berjaya menewaskan Home United 5-0.
Dua perlawanan lagi telah berlangsung di Thailand (Bangkok). Pada 17 Januari lepas, JDT tewas di tangan Ratchaburi Mitr Phol FC 1-2. Satu lagi perlawanan dengan Bangkok United, JDT seri 2-2 pada semalam, 21 Januari 2019.
Hanya inggal satu lagi perlawanan iaitu menentang juara Liga 2 Thai 2018, PTT Rayong pada hari esok, 23 Januari.
Pra musim JDT kali ini mendapat perhatian dan reaksi menggembirakan pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Baginda begitu teruja sekali kerana energy’ yang ditunjukkan oleh para pemain, gaya permainan dan intensiti mereka sungguh yang menakjubkan.
Ia berbeza sekali dengan persiapan pada musim-musim lepas. Baginda serta barisan jurulatih menyatakan tidak sabar menunggu musim 2019 bermula.
Perasaan itu digambarkan melalui pernyataan baginda melalui laman facebook Johor Southern Tigers semalam. Baginda melihat sendiri persiapan pasukan pada nusim ini dan berasa puas hati dengannya.
“Saya perlu memberitahu anda bahawa selama bertahun-tahun saya melihat persiapan pramusim, ini adalah tahun yang paling memuaskan.
“Sekiranya kita boleh membawa pulang sikap serta mentaliti ini, dan mempamerkan 60% atau 70% sama seperti ini sepanjang musim, saya percaya kita akan mempunyai musim yang baik pada tahun 2019.” kata DTAM Tunku Mahkota Johor.
Pasukan JDT akan pulang selepas tamat perlawanan ujian esok dan akan menyambung persiapan sebelum menentang Perak untuk merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 02 Februari 2019 di Stadium Larkin.
Ulasan
Catat Ulasan