SYAZWAN ANDIK menafikan dia adalah orang (bertanda bulat) yang dimaksudkan dalam gambar ketika sesi latihan bersama JDT.
KUALA LUMPUR 11 Jan. - BEK kiri Harimau Malaya, Muhammad Syazwan Andik Mohd. Ishak menafikan gambar pemain yang sedang menjalani latihan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tular di media sosial adalah dirinya.
“Orang lain tu,” jelasnya ringkas ketika ditanya tentang gambar tersebut.
Syazwan, 23, sebaliknya menegaskan, dia belum membuat keputusan pasukan mana mahu diwakili dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini biarpun saingan bakal membuka tirai pada 2 Februari.
“Belum sain kontrak apa lagi, tidak tahu belum pasti (ke JDT). Lebih baik berdiam, tidak mahu kecoh nanti lagi pening.
“Ada tawaran tetapi saya tengah fikir lagi.
“Dalam minggu depan saya akan maklumkan beraksi untuk pasukan mana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagaimanapun, Syazwan mengakui, dia sememangnya mahu meninggalkan skuad The City Boys kerana kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terbatal selepas gajinya tidak dibayar dua bulan.
“Saya telah menamatkan kontrak bersama Kuala Lumpur kerana sudah dua bulan saya tidak menerima gaji iaitu pada November dan Disember.
“Terdapat satu syarat dalam kontrak saya, yang mana KLFA membenarkan saya menamatkan kontrak jika tidak menerima gaji dua bulan.
“Saya telah memberi surat kepada Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah pada
9 Januari dan memberitahunya tentang hasrat saya untuk menamatkan kontrak.
“Saya juga telah menghantar emel kepada KLFA untuk menamatkan kontrak atas sebab tidak menerima gaji,” katanya lagi.
Selain JDT, Melaka United juga menyatakan minat untuk mendapatkan tonggak Piala AFF Malaysia itu selepas Selangor terlewat menyunting khidmat Syazwan.
Sementara itu, Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa terkilan dengan sikap Syazwan meninggalkan skuad The City Boys tidak sampai sebulan sebelum saingan Liga M bermula.
“Kami dapat tahu dari media dia kini berada di Johor. Dia ada menghantar surat menyatakan hasrat meninggalkan pasukan ini Rabu lalu, jadi sekarang kami terperangkap kerana sebelum ini dia bersetuju selepas perbincangan diadakan.
“Dia menyatakan persetujuan secara lisan namun belum menandatangani kontrak, jadi kami percaya dengannya,” kata Nokman.
Nokman mengakui, KLFA berdepan tunggakan gaji selama sebulan dan memang terdapat kelompongan dalam kontrak Syazwan yang membolehkan pemain kelahiran Johor itu menamatkan perjanjian.
“Kami menunggu surat daripada JDT dan akan mengeluarkan maklum balas. Apa pun, kontraknya bersama KLFA adalah sehingga November 2019,” tegasnya.

Ulasan
Catat Ulasan