Presiden Buriram Memuji Dan Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Diogo Luis Santo Bersama JDT

Akhirnya, presiden dan pemilik kelab Buriram, Newin Chidchob, mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang perpindahan penyerang utama mereka, Diogo Luis Santo ke kelab baharunya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Newin, seorang presiden yang berjiwa tinggi dan berkarisma itu menyatakan perpindahan itu bukanlah satu keputusan yang dibuat secara terburu-buru dan dalam masa yang singkat. Sebenarnya berita tentang perpindahan dan peluang itu telah berkisar sejak awal tahun 2018 lagi.

Diogo Luis Santo, bekas pemain Buriram [foto : goal.com]


“Diogo datang bertemu saya sejak awal 2018 lagi, sejak musim bermula. Beliau berkata selepas berakhir musim 2018 ini jika ada peluang yang baik muncul, dia akan memikirkannya.” Kata Newin

“Kita mesti memberi penghargaan kepada Diogo kerana memaklumkan kepada kelab terlebih dahulu untuk kelab membuat persediaan mencari pengganti dalam masa setahun itu. Itu sudah cukup menunjukkan betapa profesionalnya Diogo.”


Newin Chidchob, Presiden Buriram United [foto : goal.com]

Sepanjang 2018 mereka (Newin dan Diogo) tahu tentang hasrat Diogo itu disamping meneruskan kempen 2018 tanpa memberi apa-apa kesan, malah Diogo telah mempamirkan prestasi yang cukup baik.

“Selepas musim 2018 berakhir, Diogo memaklumkan kepada saya beliau menerima satu tawaran yang baik dari sebuah kelab di Malaysia dan mahu mengambil peluang itu untuk kesejahteraan keluarganya.”

Sepanjang Diogo bersama Buriram, Diogo telah membantu Buriram United menjuarai Liga 1 Thailand sebanyak 3 kali dalam masa 4 tahun Diogo bersama Buriram.

Melihat pada perpindahan tersebut dan rekod Diogo, perpindahan ke JDT memperlihatkan satu perpindahan yang bagus kerana melihat kepada prestasi penjaring terbanyak Liga 1 Thai itu sedang pada kemuncaknya dan aktif sepanjang liga berlangsung pada musim 2018.

Sumber : goal.com

Ulasan