Langkau ke kandungan utama

Perpindahan Diogo Luis Santo Mencecah Hampir RM13 Juta ? Satu Perpindahan Yang Berbaloi Dilihat Dari Rekod

Perpindahan Diogo Luis Santo mendapat liputan portal transfermark.com sebentar tadi. Transfermark menganggap perpindahan Diogo, bekas penyerang Buriram United, dapat memperkuatkan pasukan Johor Darul Ta'zim.


www.transfermarkt.com

Perpindahan bekas pemain B20 Antarabangsa Brazil dari juara Liga 1 Thai, Buriram, itu dianggarkan bernilai sekitar 2.7 juta Euro (hampir RM13 juta). Penyerang berumur 31 tahun itu telah menjaringkan 101 gol dalam 105 perlawanan Liga 1 Thai selama 4 tahun di Buriram United.

Selain dari itu seorang pengulas yang tidak asing lagi dari Astro Fox Sports, Roshan Rai turut memuji perpindahan Diogo ke JDT dan menganggap ia satu perpindahan hebat kerana Diogo merupakan 'goal machine' dan mempunyai banyak pengalaman dan kualiti yang sebenarnya dikehendaki oleh JDT.




Beberapa wartawan dan penulis sukan Thailand, Paul Murphy juga turut menganggap ia satu pembelian yang berbaloi oleh JDT dan menyatakan Diogo merupakan antara pemain terbaik dalam Liga Thailand sehingga kini









Ulasan