PERLAWANAN YANG DIANGGAP POSITIF OLEH LUCIANO FIGUEROA WALAUPUN TEWAS
Keputusan perlawanan ujian pertama Johor Darul Ta’zim (JDT) disambut baik dan positif oleh Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT, Luciano Figueroa sebentar tadi melalui laman facebook Johor Southern Tigers.
Dalam perlawanan ujian pertama siri jelajah Thailand sempena pra musim 2019, JDT tewas 1-2 di tangan Ratchaburi Mitr Phol FC. Barisan JDT separuh masa pertama berjaya mengikat tuan rumah seri tanpa jaringan.
Sesuatu yang positif dilihat oleh Luciano Figueroa apabila JDT menguasai 70 peratus permainan dan berjaya membuat 4 percubaan tepat ke arah gol. Separuh masa pertama menyaksikan Ratchaburi tidak mampu membuat sebarang cubaan tepat dan tanpa sebarang sepakan penjuru berbanding JDT yang memperoleh 2 sepakan penjuru.
Luciano Figueroa tampak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh JDT terutama di separuh pertama disamping ada perkara-perkara yang perlu dibaiki.
Dalam separuh masa kedua pula, JDT telah menurunkan kesebelasan yang berbeza untuk memberi peluang kepada pemain muda merebut tempat mereka dalam kesebelasan utama.
Barisan JDT separuh masa pertama :
Farizal Marlias,
Adam Nor Azlin,
Natxo Insa,
Diogo Luis Santo,
Safawi Rasid,
Gonzalo Cabrera,
Hariss Harun,
Azrif Nasrulhaq,
Nazmi Faiz,
Corbin Ong,
Mauricio Nascimento
Adam Nor Azlin,
Natxo Insa,
Diogo Luis Santo,
Safawi Rasid,
Gonzalo Cabrera,
Hariss Harun,
Azrif Nasrulhaq,
Nazmi Faiz,
Corbin Ong,
Mauricio Nascimento
Perlawanan persahabatan pertama di Thailand ini dianggap sebagai persediaan yang baik buat JDT menjelang musim 2019. Musim 2019 merupakan musim yang sangat mencabar buat JDT. Disamping pasukan-pasukan dari Liga Malaysia membuat persiapan awal dan rapi, JDT juga akan bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC dalam Kumpulan E.
“Kami telah melakukan perkara yang sama sepertimana kami lakukan sewaktu menentang Home United dan membuat pertukaran pemain pada babak kedua untuk memastikan keseluruhan skuad mendapat masa permainan yang mencukupi.” kata Luciano Figueroa.
Menurut Luciano Figueroa, ia juga bagi membolehkan para pemain mendapatkan ‘match fitness’ mereka pada tahap yang optimum sebelum memulakan musim baharu pada 2 Februari.
Selepas ini, ada dua lagi perlawanan ujian JDT iaitu melawan Bangkok United dan PTT Rayong.
Dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2019, JDT akan bertemu Perak pada 02 Februari 2019 bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah. Manakala perlawanan awal ACL 2019 akan bermula pada 05 Mac nanti di tempat lawan.
Ulasan
Catat Ulasan