PERLAWANAN UJIAN KETIGA DAN TERAKHIR JDT DI THAILAND PETANG INI
Petang ini akan berlangsung satu perlawanan persahabatan pra musim bagi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Ia merupakan perlawanan ketiga dan terakhir JDT dalam siri jelajah Thailand.
Sebelum ini JDT telah mengadakan dua perlawanan persahabatan bersama kelab Bangkok United (2-2) dan Ratchaburi Mitr Phol FC (1-2). Banyak perkara dan pengalaman yang diperoleh dari perlawanan tersebut. Kekalahan dan seri yang diperolehi dalam dua perlawanan tersebut disambut baik oleh barisan kejurulatihan JDT terutama ketua jurulatih JDT, Luciano Figueroa.
PTT Rayong FC vs Johor DT
23 Januari 2019
6.00 Petang (waktu Malaysia)
Stadium KMITL Ladkrabang, Bangkok
23 Januari 2019
6.00 Petang (waktu Malaysia)
Stadium KMITL Ladkrabang, Bangkok
Terdahulu dalam dua perlawanan ujian JDT, beberapa pilihan pemain telah diuji oleh jurulatih JDT melalui barisan separuh masa pertama dan separuh masa kedua. Dua set (pilihan) barisan pemain telah diberi peluang bermain dan diuji.
Daripada basrisan tersebut, dilihat 7 pemain telah diuji kekal dan diturunkan dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut. Mereka terdiri daripada :
Farizal Marlias
Adam Nor Azlin
Natxo Insa
Gonzalo Cabrera
Hariss Harun
La’Vere Corbin Ong
Azrif Nasrulhaq
Adam Nor Azlin
Natxo Insa
Gonzalo Cabrera
Hariss Harun
La’Vere Corbin Ong
Azrif Nasrulhaq
Selain daripada 7 pemain yang tersenarai sentiasa berada dalam kesebelasan utama itu, JDT memiliki Mauricio Nascimento, Diogo Luis Santo dan Aaron Niguez. Ketiga-tiga import ini merupakan pemain penting barisan JDT. Mereka bertiga telah diturunkan dalam kesebelasan utama 2 perlawanan.
Petang ini dijangka peluang terakhir JDT menguji keserasian kesemua 24 pemain yang dibawa ke Thailand dan akan dijadikan asas untuk memilih 11 pemain utama JDT dan seterusnya.
PTT Rayong FC merupakan juara Liga 2 Thailand musim 2018 dan dinaikkan ke Liga 1 Thailand bagi musim 2019 ini.
Ulasan
Catat Ulasan