PERAK DAPAT JADI SEPARUH MACAM JDT PUN JADILAH – MEHMET DURAKOVIC



PERAK DAPAT JADI SEPARUH MACAM JDT PUN JADILAH – MEHMET DURAKOVIC

Perak Dapat Jadi Separuh Macam JDT Pun Jadilah รข€“ Mehmet Durakovic

9 hari lagi perlawanan Liga Super minggu pertama akan berlangsung antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak pada 02 Februari 2019 di Stadium Larkin bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih 2019). Ia boleh dianggap perlawanan pembukaan Liga Super 2019 walaupun beberapa perlawanan Liga Super akan berlangsung pada hari sebelumnya.
JDT akan turun mempertahankan Piala Sumbangsih yang dipegang pada musim lepas, 2018 di mana JDT berjaya menewaskan Kedah melalui sepakan penalty 5-4 setelah seri 1-1 sehingga tamat 90 minit perlawanan.
Keputusan perlawanan sehingga 90 minit perlawanan adalah bagi menentukan mata dalam Liga Super, manakala sekiranya kedudukan terikat seri, maka sepakan penalti akan menentukan pemenang bagi merebut Piala Sumbangsih.
Mengikut sejarah, malam 02 Februari nanti merupakan perlawanan kelima berturut-turut berlangsung di Stadium Larkin dan kelima melibatkan JDT. Daripada 4 perlawanan yang lepas, JDT Berjaya merangkul Piala Sumbangsih sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2015, 2016 dan 2018. Mampukah JDT merangkul trofi tersebut buat kali ke 4 ?
Kali terakhir Perak berjaya merebut Piala Sumbangsih adalah pada tahun 2006, di mana Perak Berjaya menewaskan Selangor dengan 4-2. Tahun itu jugalah tahun terakhir Perak berpeluang bermain dalam perebutan Piala Sumbangsih.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1985, Perak dan JDT Berjaya merangkul trofi tersebut sebanyak 3 kali. Perak pada tahun 1999, 2005 dan 2006. Manakala JDT sejak penjenamaan sudah 3 kali Berjaya pada tahun 2015, 2016 dan 2018.
Perak telah membuat persiapan rapi melalui perlawanan persahabatan pra musim dan juga mengambil beberapa pemain import baharu untuk musim ini.
Melalui laporan berita dari Stadium Astro, pengendali Perak, Mehmet Durakovic berkata :
“Jangan banding Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan pasukan lain dalam Liga Super kerana mereka berada dalam kelas tersendiri.”
Mehmet Durakovic sendiri akui JDT adalah pasukan terbaik di Malaysia kerana mempunyai kewangan yang kukuh, kemudahan, pemain dan pengurusan terbaik.
“Semua pasukan mahu menjadi seperti JDT. Itu hakikat yang perlu diterima semua pihak, ” kata Durakovic.
Durakovic turut turut mengakui beliau akan berpuas hati sekiranya Perak hanya mampu menjadi separuh daripada JDT.
“Tak dapat jadi macam JDT tak mengapa. Separuh daripada itupun jadilah.
Durakovic seterusnya berkata Perak juga sudah semakin mengorak langkah ke arah profesionalisme dengan pengurusan berkesan serta mewujudkan kemudahan, terutama padang latihan sintetik dan rumput asli.
“Keadaan di Perak juga semakin baik. Ini semua petanda-petanda baik demi masa depan bola sepak Perak,” kata Durakovic
Durakovic turut berkata skuad Perak kini berada di tahap memberangsangkan dan bersemangat tinggi.
Sumber : Stadium Astro

Ulasan