Selepas empat tahun mencapai kegembiraan, kepuasan dan pencapaian di Thailand, kini 2019 akan menampilkan tahun cabaran baharu kepada Diogo.
Foto : Johor Southern Tigers |
“Ia suatu kegembiraan mengumumkan pada tahun mendatang ini, saya akan bermain untuk Johor Darul Ta’zim, juara Liga Super dari Malaysia.”
Pada saya, ia adalah satu cabaran baharu dan saya sungguh bermotivasi sekali untuk itu.”
“Saya datang dengan tujuan san minda yang sama ketika datang ke Thailand sebelum ini, bekerja keras dan menang !”
Terima kasih Johor DT FC kerana memberi kepercayaan kepada saya.
Terima kasih boss, Tunku Ismail Idris, atas semu usaha dalam menandatangani saya.
Saya pasti kita akan dapat lakukan tugasan yang hebat.
Menjelang perlawanan pra musim JDT 2019, Diogo Luis Santo diibaratkan pulang ke Bangkok apabila JDT mengambil langkah mengadakan perlawanan ujian bersama beberapa pasukan di Bangkok seperti Bangkok United, Ratchaburi Mitr Phol FC dan PTT Rayong FC.
Diogo sebenarnya sudah tidak asing lagi di bumi Thailand apabila membawa Buriram United mencapai beberapa kejayaan dalam Liga 1 Thailand mahu pun dalam Liga Juara-Juara AFC 2018 yang lepas.
Ulasan
Catat Ulasan