- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bekas penjaring terbanyak Liga Thailand, Diogo Luis Santo melengkapkan kuota pemain import kelima juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Berita Santo menyertai skuad Harimau Selatan disahkan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dalam satu kenyataan di Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers hari ini.
Prest menjelaskan JDT yang juga juara Liga Super lima kali berturut-turut tertarik terhadap penyerang itu ketika perlawanan persahabatan dengan bekas pasukan Santo, Buriram United pada 2017.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan faktor kos menjadi penghalang utama JDT untuk mendapatkan pemain berusia 31 tahun berkenaan pada waktu itu.
"JDT percaya Diogo akan menjadi satu tambahan yang baik untuk skuad menjelang kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) pertama kami dan usaha mempertahankan kejuaraan Liga Super. Dia juga sesuai dengan gaya bola sepak yang ingin dimainkan JDT.
Santo yang mewakili Buriram United sejak 2015 hingga 2018 dijangka mampu memperkuatkan jentera serangan JDT terutama mengharungi saingan ACL.
Malah, JDT menyasarkan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut yang dimenangi mereka sejak 2014.
Menerusi kenyataan sama, Prest turut mengesahkan Harimau Selatan bakal mengadakan perlawanan pramusim di Bangkok sebagai persiapan untuk musim 2019.
Sumber : Berita Harian dan JOHOR Southern Tigers
Berita Santo menyertai skuad Harimau Selatan disahkan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dalam satu kenyataan di Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers hari ini.
Grqafik : Johor Southern Tigers JDTTV |
Bagaimanapun, beliau menjelaskan faktor kos menjadi penghalang utama JDT untuk mendapatkan pemain berusia 31 tahun berkenaan pada waktu itu.
Sejak dari itu, kami telah memantau prestasi pemain berasal dari Brazil ini. Beliau memainkan peranan penting dalam kemenangan saingan liga 2018 Buriram dan mempunyai rekod jaringan gol yang baik di Thailand serta memenangi dua anugerah Kasut Emas dalam tempoh empat tahun. Kami telah mempertimbangkan untuk mendapatkan Diogo selepas JDT menentang Buriram dalam perlawanan persahabatan pada 2017, tetapi faktor kos menjadi penyebab kelab ini tidak mendapatkan Diogo pada waktu itu.
"JDT percaya Diogo akan menjadi satu tambahan yang baik untuk skuad menjelang kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) pertama kami dan usaha mempertahankan kejuaraan Liga Super. Dia juga sesuai dengan gaya bola sepak yang ingin dimainkan JDT.
Kehadiran Diogo telah melengkapkan kuota pemain luar negara selepas JDT juga menandatangani pemain tengah Sepanyol, Aaron Niguez dan pemain pertahanan tengah Argentina, MaurĂcio dos Santos Nascimento. Kapten Hariss Harun dan Gonzalo Cabrera dikekalkan dari musim lalu untuk melengkapkan kuota lima tersebut.
Santo yang mewakili Buriram United sejak 2015 hingga 2018 dijangka mampu memperkuatkan jentera serangan JDT terutama mengharungi saingan ACL.
Malah, JDT menyasarkan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut yang dimenangi mereka sejak 2014.
Menerusi kenyataan sama, Prest turut mengesahkan Harimau Selatan bakal mengadakan perlawanan pramusim di Bangkok sebagai persiapan untuk musim 2019.
Sumber : Berita Harian dan JOHOR Southern Tigers
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan