Pelancaran Dan Jualan Jersi Baharu JDT Dijalankan Serentak Pada Sabtu, 12 Januari 2019

Berita gembira untuk penyokong Johor Darul Ta'zim kerana pelancaran jersi baharu sudah tidak lama lagi. Pelancaran jersi baharu tersebut akan dilangsungkan pada Sabtu, 12 Januari 2019. 

Kebiasaannya seperti tahun-tahun sebelum ini, ia akan dilancarkan pada waktu malam sekitar pukul 8.00 malam





.


Pelancaran dan jualan jersi baharu akan dijalankan serentak di seluruh daerah di Johor.

Berikut adalah lokasi pelancaran tersebut mengikut daerah :

Johor Bahru - Dataran Bandaraya Johor Bahru
Tangkak - Dataran Ledang
Kluang - Dataran Tasik
Kulai - Southern Tiger Hub, Jalan Cengal
Pontian - Dataran Majlis Daerah Pontian
Mersing - Dataran Teko, Pantai Mersing
Segamat - Perkarangan U-Sentral, Segamat
Batu Pahat - Arena Warna, Ayer Hitam
Muar - Dataran Tanjung Emas 
Kota Tinggi - SRCC Tenggara

Penyokong JDT yang berada selain dari Dataran Bandaraya Johor Bahru boleh mengikuti siaran langsung live streaming yang akan dipaparkan di beberapa lokasi tertentu.

Malah pelancaran jersi baharu ini dijalankan sehari selepas JDT mengadakan perlawanan persahabatan dengan Home United pada Jumaat, di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Penyokong JDT dijemput datang menyaksikan perlawanan tersebut. Kemasukan adalah percuma dan anda berpeluang menonton aksi beberapa pemain baharu (tempatan dan import) pada malam itu terutamanya Aaron Niguez, Mauricio, Diogo Santo dan Akhyar Rashid.

Ulasan