KUALA LUMPUR 19 Jan. – Selepas dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang, akhirnya Liridon Krasniqi membuat keputusan untuk menyertai Melaka United bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2019.
“Betul. Liridon menyertai Melaka United dengan kontrak selama satu musim. Saya fikir dengan kemasukan dia ke dalam pasukan ini dapat membakar semangat pemain dan juga memberikan aksi terbaik untuk Melaka United.
“Pengalaman yang dia ada sepanjang beraksi dalam kancah liga bola sepak tempatan akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu Melaka United,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Akhbar ini pernah melaporkan Liridon atau lebih mesra dengan panggilan Mat Don dikaitkan dengan beberapa pasukan Liga M iaitu Perlis, Pahang dan JDT. Bagaimanapun, Perlis dan Pahang sudah menyatakan mereka tidak akan menandatangani kontrak dengan pemain kelahiran Kosovo itu.
Bagaimanapun, spekulasi mengenainya kembali hangat diperkatakan apabila Liridon, 27, memuat naik gambar kereta di Johor Bahru menerusi Insta Story dalam Instagram miliknya.
Ulasan
Catat Ulasan