Liga Super Malaysia Memerlukan Pasukan Yang Boleh Mencabar JDT

Saingan Liga Super Malaysia 2019 hampir bermula tidak lama lagi. Dua minggu lagi perlawanan pertama Liga Super membuka tirai.

Beberapa pasukan begitu intensif membuat persiapan awal dengan memulakan latihan awal serta mengadakan beberapa perlawanan ujian di luar negara swperti Vietnam dan Thailand. 

Saingan Liga Super musim ini dijangkakan bertambah menarik dengan kemasukan beberapa import baharu. 

Beberapa pasukan yang kuat dan hebat diperlukan untuk memeriahkan lahi saingan serta memberi persaingan yang kuat dalam liga kita.

Itulah pendapat seorang pemerhati bola sepak tempatan, Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa, mengenai saingan Liga Super musim ini. 

Menurut beliau ia perlu untuk menggugat JDT selaku juara lima musim berturut-turut . Jika tidak Liga Super boleh memasuki 'edisi' yang membosankan apabila pasukan sama merangkul kejuaraan.

Beliau berkata lagi, Pahang, Selangor, Melaka dan Kedah boleh menjadi antara pasukan yang mampu memberikan satu persaingan menarik untuk disaksikan dalam Liga Super musim ini.

Mohd Sadek Mustaffa turut berkata, pesaing JDT mempunyai kelebihan musim ini dalam Liga Super atas alasan JDT akan lalui musim yang sibuk apabila turut menyertai Liga Juara-Juara AFC (ACL) peringkat kumpulan. Jadual JDT yang padat itu sepatutnya digunakan oleh pasukan lain apabila bertemu JDT.  

"Saya rasa kita (liga) akan suram jika JDT terus menang. Malah, ketika Manchester United muncul juara Liga Perdana Inggeris tiga kali berturut-turut dulu pun, nilai pasaran liga itu agak jatuh.” kata Mohd Sadek melalui laporan dari akhbar Berita Harian hari ini. 

"Ia kerana adanya keputusan yang sudah dijangka dan penonton akan jadi bosan. Itu memang naluri manusia, kita akan jadi bosan kerana tak nampak saingan yang sengit dalam liga," katanya.

Beliau mengibaratkan JDT sekarang seperti Selangor dahulu kerana diwakili ramai pemain kebangsaan namun tidak mempersalahakan JDT kerana ia sebahagian daripada strategi pasukan.

Mohd Sadek turut menyebut Pahang, Melaka dan Selangor antra pasukan yang boleh menggugat kedudukan JDT musim ini.

Ulasan