Klausa Ini Puncanya Syazwan Mudah Dan Boleh Menamatkan Kontrak Bersama Kuala Lumpur.

Perpindahan keluar Syazwan Andik sudah hampir pasti sah selepas pengakuan beliau sendiri melalui akaun instagram awal malam tadi sekitar pukul 8.00 malam. Syazwan diberitakan telah menamatkan kontrak bersama Kuala Lumpur dan dipercayai berpunca dari masalah pembayaran gaji tertunggak selama dua bulan.


Di dalam akaun instagram beliau itu juga beliau telah melampirkan klausa perjanjian kontrak beliau bersama Kuala Lumpur yang dikira mudah untuk beliau menamatkannya.

Beliau merujuk klausa 8.7 kontrak tersebut yang menyatakan :



Klausa 8.7

Kontrak ini boleh ditamatkan tanpa apa-apa kesan apa-apa [sama ada pembayaran pampasan atau pengenaan sekatan kesukanan] jika Pemain tidak menerima gajinya lebih daripada satu kali. Pemain mesti :

i.      Setelah tidak dibayar gaji lebih daripada satu kali, Pemain akan menulis surat kepada SetiausahaKelab atau Pengurus menyatakan hasratnya untuk menamatkan kontrak;

ii.     Selepas menyatakan hasratnya untuk menamatkan kontrak, Pemain berhak untuk berunding dengan mana-mana Kelab baru, tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada Kelab semasa. Dalam kes sedemikian, Kelab akan melepaskan Pemain ke Kelab Baharu dan melepaskan sijil perpindahan pemain (SPN) tanpa syarat sebaik sahaja kontrak itu ditamatkan dan tiada pampasan atau bayaran pemindahan lanjut boleh dikenakan ke Kelab Baharu.


Ulasan