KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM SENTIASA BERADA PADA KELAS TERSENDIRI
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan melalui musim panjang yang penuh mencabar pada musim 2019 ini. JDT perlu sentiasa konsisten dan fokus dalam menempuh segala cabaran getir tersebut. Maka dengan itu, JDT telah dipersiapkan untuk tampil lebih luar biasa dari kebiasaan.
Pada musim baharu ini, JDT dilihat berada pada kelasnya yang tersendiri hasil dari persediaan rapi yang telah bermula sejurus musim 2018 berakhir. Daripada pemilihan pemain, persediaan mental dan fizikal pemain sehinggalah jersi yang bakal disarung oleh pemain kesemuanya telah direncanakan lebih awal. Lantas ianya menjadi indikator bahawa JDT amat serius untuk bersaing bukan sahaja mempertahankan kejuaraan tetapi juga merebut semua kejuaraan di Liga Malaysia.
Musim 2019 juga adalah tahun dimana JDT bakal berdepan dengan pengalaman baru. JDT diramal akan bertemu dengan kelab-kelab hebat dalam Kumpulan E Liga Juara-juara AFC (ACL). Dengan kesedaran tersebut, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor nekad membawa pemain yang berpotensi dan mempunyai reputasi tinggi ke dalam kem Harimau Selatan. Dengan usaha yang dibuat oleh baginda ini, JDT pastinya akan berdiri sama tinggi setaraf kelab-kelab gah di Asia.
Akhir kata, DYAM Tunku Mahkota Johor dan JDT akan terus berusaha meraih kejayaan demi kejayaan. Namun hakikatnya kejayaan ini hanya sempurna dengan adanya sokongan tanpa prejudis oleh kesemua kelompok penyokong Merah dan Biru. Sokongan padu, percaya kepada pasukan dan sentiasa bersatu padu tanpa mengira menang atau kalah adalah pendorong paling utama dalam perjalanan menuju kejayaan Harimau Selatan.
Demi Merah Biru. Luaskan Kuasamu Johor
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan